Wednesday, January 4, 2012

Terima kasih kerana menjawab soalan saya.

Saya sendiri bolehlah diketegorikan sebagai pembaca juga. Saya agak suka membaca, dan tak berapa memilih sangat bahan bacaan.

Saya boleh membaca akhbar Utusan, er... dengan sedikit rasuah mungkin, segelas teh contohnya. Mastika. Apo. Kreko. Millenia Muslim, Rokes #1, Cewah, Kitab Terfaktab, Ombak rindu, dua tiga biji novel Ahadiat Akasah, pembungkus nasi lemak bahasa melayu dan kalau nak list dekat sini semuanya rasa macam bangang juga.

Untuk menulis sebegini rupa juga memerlukan saya membaca. Banyak penulisan saya dipengaruhi pembaca terkini saya.

Rasanya, sepanjang beberapa tahun saya cuba menulis di ruang maya ini masih belum mampu untuk menulis dengan lenggok bahasa sendiri, yang menjadi benchmark seorang penulis. Jadi, belum selayaknya saya menjadi seorang penulis.

Bagi saya seorang penulis terbaik adalah penulis yang punya lenggok bahasa penulisannya tersendiri, digemari penulisannya oleh pembaca, orang tak suka membaca yang membaca dan penulis lain cuba menulis dengan lenggok bahasa seperti itu, dengan harapan akan disukai oleh pembaca.

Sebagai contoh, penulis blog Hilang Punca, kegilaan pembaca dan penulis lain pada blog itu berada pada satu tahap, sehinggakan di buku blog (blook)nya, Kacip, tercatat kata-kata 'kini semua orang pun mahu menulis seperti pipiyapong.' Tak silap saya blogger lejen juga yang buat ayat tu.

Hm... Berbalik pada tajuk. Dah jauh juga saya melalut-lalut sebenarnya. Saya mahu bertanya pada kamu-kamu yang membaca blog ini, pembaca, penulis yang membaca dan penggoogle yang tersesat, apa yang pembaca mahu baca sebenarnya.? Harap boleh jawab di ruangan komen.

Terima kasih.

No comments: