Waktu petang begini masa itu atuk muda belia seusia saya, dapat dibayangkan alangkah mencabarnya kerja-kerja melepaskan peluh di bawah mata dan dagu.
Pada waktu itu mungkin bergelut dengan beruang adalah biasa, umpamanya di zaman sekarang mungkin biasanya setara keluar dating dengan makwe di taman tasik.
Selain beruang saya membayangkan duri rotan yang tajam, patah dan menguncup seperti daun pokok semalu bila berlaga kulit dengan atuk saya.
Setakat ular sawa, tak payah cerita. Lima enam ekor bergayut pada dahan pokok ara, steady berehat baru lepas telan anak babi. Dah tu boleh pula buat main gelongsor-gelongsor atas badan ular sawa tersebut.
Rambo? Huh. Sayur. Rambo tu cuba suruh kupas kulit durian hutan atau paling cikai la, panjat pokok petai, tengok dia punya ketar lutut macam mana.
Peh, dapat dibayangkan alangkah ekspedisi dan rimba baranya pemuda-pemuda pada zaman itu.
Saya ingat nak tidur saja lah petang ni. Malam karang boleh keluar balik lambat sikit. Kan.
No comments:
Post a Comment