Thursday, February 9, 2012

Mesej cinta dari angkasa.

Petang itu, saya diam melihat langit biru dan awannya bergumpal-gumpal putih dan kelabu.

Awan-awan putih itu saya renung dalam-dalam, ada gerak perlahan yang menjadikan awan berubah-ubah bentuknya. Kalaulah hati manusia begitu.

Entah khayalan atau saya pun tak berapa reti nak kata macamana, lagipun tidak pula saya menghisap gam atau bahan khayal lain, saya nampak ada tulisan bergerak-gerak di langit bersama awan putih tadi.

"Saya rindu awak"

Sedetik kemudian, henfon saya bergetar seiring bunyi. Ada sms masuk.

Saya tengok mesej di skrin, "Saya rindu awak".

Peh.

...

"Sampai seru dah gayanya ni," kata hati saya kepada saya sendiri.

Gambar.

Agak-agak kalau letak gambar makwe saya dekat sidebar ni orait tak?

Wednesday, February 8, 2012

Pujuk.

Saya lebih suka terus terang, muka kamu tak cantik bila kamu sedih atau merajuk. Tapi sudah itu sifatnya seorang wanita, jadi saya terpaksa suka. Itu tandanya hati kamu lembut.

Saya suka bila kamu marah atau merajuk, bukan pasal muka kamu tak cantik, tapi pasal saya ada kerja yang boleh dibut.

Pujuk kamu.

Sungguh, saya suka pujuk kamu, kemudian kamu tersenyum dan gembira. Saya rasa saya mampu menggembirakan kamu.

Saya lebih suka terus terang, muka kamu cantik bila kamu gembira selepas saya berjaya pujuk kamu. Kan.?

Monday, February 6, 2012

Cinta.

Flop Poppy paling lejen.