Thursday, December 29, 2011

Travellog Cinta : Awan dan pohon cinta.

Cinta.

Tatkala saya rindu padanya, saya dongakkan wajah ke langit, melihat awan berarak perlahan dengan bentuk berubah-ubah.

Saya katakan padanya, kita melihat awan yang sama. Saya tak mahu melihat bintang, kerana bintang cuma waktu malam, tidak terlihat pada waktu siang.

Tika saya dongakkan wajah, saya katakan kita melihat awan yang sama, itu awan cinta kita. Saya mahu berdiri di atas awan itu bersama dia. Melihat bumi, melihat cinta yang tumbuh subur.

Awan cinta di langit, dan pohon cinta di bumi. Sama-sama memberi kita nafas.

No comments: