Tuesday, June 21, 2011

Matinya seorang penyair cinta

"Kau, wanita yang melengkapi aku menjadi lelaki"

***

Lalu jatuh cintalah si gadis pada si jejaka yang gemar menulis puisi-puisi cinta yang indah.

Si jejaka yang gemar berpuisi itu melamar si gadis dengan puisi cinta yang terindah.

Lalu bersatulah mereka dengan selafaz akad.

Hari-hari mereka berlalu dengan indah bersama-sama. Tiada sikit pun cela.

Satu hari si isteri bertanya,'awak sudah tidak berpuisi selepas menikahi saya, kenapa.?'

Si suami diam, bersama sedikit ukir senyum di bibir.

"sayakah puncanya?" tanya si isteri la.

"ya," jawab si suami ringkas.

Si isteri sedikit tersentak dengan jawaban ringkas itu. Jiwa halusnya sedikit bergetar.

"kenapa," si isteri mencari jawapan.

"sebelum kita bersama, sedikit hati saya tinggalkan untuk awak, yang lainnya untuk Tuhan, Agama, Rasul, dan ibu. Dengan hati yang sedikit itu saya temani diri saya dengan puisi-puisi cinta, kemudian awak hadir, lalu saya guna hati yang sedikit itu untuk awak, puisi cinta saya..."

End.

1 comment:

ellieandcarl'sstories said...

romantik sanagt... bagush la klu agama yang pertama