Saturday, June 25, 2011

Layang-layang cinta : #Azim

Azim diam, berfikir apa silapnya dia. Ditolak tanpa sebab yang munasabah.

Berulang kali.

"Kenapa awak..." soalan sama yang sudah berapa kali Azim suakan. Namun...

"Entah," juga jawapan yang sama dijawab.

Azim bingung mencari jawapan persoalan yang tiada. Persoalan dengan jawapan yang rapuh. Mungkin itu bukan jawapan, mungkin satu jawapan.

Lalu Azim diam. Diam mencari jawapan. Diam mencari apa mahu hati si penolak itu.

Dalam diam. Hatinya kosong. Dia perlukan kasih sayang.

***

"Kita putus," cukup dua patah perkataan.

"Kenapa?"

***

No comments: