Monday, June 20, 2011

Layang-layang cinta

Azim berlari anak di celah ramai orang di padang menaikkan layang-layangnya. Ramai juga orang petang ini. Cuaca cukup indah mungkin.

***

Izan duduk di bangku batu di bawah pohon rendang. Angin sepoi bahasa menyapu lembut tubuhnya, mendinginkan sedikit tubuhnya yang dibasahasi peluh.

Izan mendongak ke langit melihat banyak layang-layang berbagai rupa dan warna.

Pandangnya tertancap pada satu layang-layang unggu.

***

Angin makin perlahan bertiup. Azim menggulung kembali tali, menurunkan layang-layangnya. Layang-layang semakin rendah.

Dada Azim tiba-tiba berdegup kencang. Nalurinya bagai mahu berkata sesuatu.

***

'layang-layang ni awak punya?' Azim jawab tanya si gadis dengan angguk perlahan. Gemersik suara si gadis buat naluri kejantanan Azim terpana, juga indah wajah si gadis. Azim kaku diam. Si gadis tersenyum manis.

***

Di sebuah rumah, sekeluarga, bapa, ibu dan seorang anak gadis kecil duduk melihat sekeping layang-layang berbentuk 'sayang' berwarna unggu tertampal di dinding.

'Papa, jom main layang-layang,' gadis kecil merenung wajah bapanya yang masih tersenyum menatap layang-layang.

***

"awak terlihat terbaca nota ini di tempat tinggi dari tempat duduk awak, mungkin hati saya milik awak"

Izan bangun dari duduk tatkala melihat layang-layang berbentuk 'sayang' warna unggu itu semakin.

Ulas matanya tidak lekang dari layang-layang itu.

Seketika kemudian dia sudah berdiri di hadapan seorang jejaka memegang layang-layang itu.

'hati awak milik saya' kata Izan perlahan. Jejaki itu diam kaku. Izan menyimpul senyum.

***

End.

2 comments:

ellieandcarl'sstories said...

perhhhh dasat kate cinta tuh

Unknown said...

hehe. Dahsat ke.. Time kasih.