Saturday, April 2, 2011

Rasis : Hebat mana bangsa Melayu?

2003, I tingkatan 3. I tinggal asrama, sekolah menengah biasa.

Tahun ni, scene subculture atau sub-budaya memang tengah hit. Tak ikut mana-mana ideologi bermakna budak surau, anak mak, mat skem dan budak perpustakaan.

Subculture memang power dia punya penangan. Punk, Skinhead, black metal, hip hop dan bersepah-sepah lagi. Emo tu baru lagi. Paling lama rempit, dari zaman kuzi, roy dengan gagak hitam membawa ke Shahrul kl menjerit, membawa ke Madi remp-it, kemudian Adnan sempit menaikkan scene peon 1Malaysia.

Itu semua diantaranyalah. Gila apa nak cerita panjang-panjang, ini bukan Mastika.

Ok, I terus terang, sebenarnya I petik pasal rasis. Bab-bab rasis ni sebenarnya isu lapuk, hampeh, buang masa, dan memunah.

Negara maju, er... Negara barat dah lama setel masalah bangsa-bangsa ni. Negro dah tak de hal panggil diorang nigger. Sekarang, nigger dah jadi president.

Kalau pandang ke timur, kita akan tengok satu negara maju yang cukup kuat sifat assobiyahnya iaitu Negara Jepun. Bangsa Jepun punya sebab kukuh untuk kata bangsa mereka punya nilai kenegaraan yang cukup kuat.

Sejarah membuktikan, bila Jepun punya semangat rasis yang kuat diaorang mampu jadi kuasa besar yang hebat.

Lagi satu contoh sifat rasis yang power adalah Hitler, tentera Nazi dan bangsa Aryan mereka.

Lagi satu contoh, Yahudi Israel yang jadi buah catur Amerika.

Semua power kan?

Jadi, boleh ke Melayu jadi power macam contoh-contoh di atas?

I jawab, TIDAK!

I teruskan pada sebab musababnya.

Betul... Melayu juga ada sejarah kekuatan bangsa yang power. Kekuasaan Melayu pernah melangkaui benua. Mengikut sejarah, Melayu memang power.

Dah power macam, apasal boleh down gilababi, kena jajah dengan barat, kena jajah dengan jepun?

Sebab Melayu gila. Gila pangkat. Gila harta. Gila kuasa. Sanggup menipu adik-beradik untuk pangkat. Adik pakat dengan orang putih, serang abang semata-mata nak jadi raja. Perang sama sendiri. Berapa banyak sejarah perang saudara Melayu?

Tiba-tiba I malas menaip. Letih jari, sebab pakai henpon. Nanti I rajin I sambung. Tak habis lagi point ni. Silap hari I boleh kena buang negara.

4 comments:

Unknown said...

bangsa lain pun macam kita . Malah lebih bodoh dan kejam . Tapi org putih atau bangsa lain tak pernah mengaku bangsa dia bodoh sebab perkataan yang kita kata ialah doa . hehe

Raja Fiqri Fauwaz said...

yup! Melayu je yang mengaku bodoh. Kita tunggu point2 yang seterusnya.

kyo_9 said...

eh.. ade ke perang saudara Melayu?? ce cite sket..

Raja Fiqri Fauwaz said...

tak belajor sejarah tingkatan 4 dengan 5 ke? Tu la, time sejarah tido.. Pegi cek balik buku teks adik-adik ye..