Nampaknya I rajin nak sambung memori ni. Sebenarnya I rindu dengan Kolumpo. Rindu dengan kawan-kawan Kolumpo. Rindu nak pung-pang-pung-pang dekat NZ Wangsamaju. Rindu nak shisha kedai arab dekat Ampang. Rindu char kuew tiaw Yeop dekat Sri Gombak. Kalau nak tulis semua rindu dekat sini, boleh jadi satu entri panjang juga. Tapi I bukan rajin sangat menaip.
***
I tinggal dekat Temerloh, Pahang. Kemudian, I sambung scene belajar di Kolumpo. Di Kolumpo, I tinggal di Batu Caves. Dari Batu Caves nak balik kampung bukan satu masalah besar. Berapa minit sangat nak naik lebuhraya KL - Karak.
Tol tak jadi masalah sebab I naik motor.
Boleh kata tiap-tiap minggu I balik kampung. Tak tiap-tiap minggu, 2 minggu sekali, memang tak kurang.
Assignment tak assignment. Kalau tak ada I, scene mengeteh malam minggu dekat kampung jadi hambar, kadang-kadang langsung out. Ada sekali tu I tak balik hari minggu, 2,3 orang budak kampung I siap nak ikut jemaah Tabligh pergi dakwah. Mujur ada brader nasihat diorang baik-baik.
Kerana kekerapan menggunakan laluan lebuhraya KL - Karak, I jadi lali. Kelkatu dengan rama-rama yang lepak tol gombak dah kenal bunyi motor I, semua angkat tangan bila I lalu. I balas dengan hon je.
Ikan kelisa dalam akuarium dekat jamban tol gombak pun sama. I memang selalu berenti situ. Setiap kali I singgah situ, mamat tu payung I Redbull setin.
Ada sekali tu I balik kampung lewat sikit gerak, dalam pukul 11 malam gitu la dari Batu Caves, I pecut balik. Malam tu Jumaat malam Sabtu.
preenggg
Bunyi dari ekzos motorsikal 2-stroke bingit, boleh tapau bunyi cengkerik hutan. Dulu I fikir bunyi macam tu bunyi power. Sekarang I dengar macam gampang.
I layan jokie dengan feel syahdu layan angin meter 160km/j. Kereta tak banyak, sebijik dua kancil ekjos buloh I potong. Sebijik dua caldina lampu spotlight Stadium Shah Alam potong I.
Jokie malam ni banyak kena bersaing dengan treler, kadang-kadang angin Sani Ekspress boleh buat I rasa nak bawa backhoe. Bila nawaitu I dah menyimpang ke arah itu, penanggal yang selalu lepak Lentang pernah tegur I supaya lupakan niat tu.
I pulas throttle, er... Pendikit minyak. Jarum meter kelajuan tunjuk angka 0. Kabel meter I rosak sebenarnya. Dengan pengalaman jokie yang ada, reseptor angin I detect kelajuan 169.3 km/j. Tak percaya? Pergi tanya siapa-siapa pernah jokie 125z kaberator RXZ piston saiz penumbuk orang dewasa.
Lepas selekoh Lentang, I pukul selekoh tak tekan brek sambil angkat tangan dekat Zahnita, makwe penanggal yang selalu lepak situ.
Peh, pukul selekoh situ laju-laju cukup buat I menukar cita-cita menjadi jokie cuprix professional.
Lepas simpang masuk Lentang, jalan lurus, lagi 2 minit 36 saat nak sampai simpang Dusun Eco Resort, lagi satu selekoh nak sampai petronas besar, I tiba-tiba berdebar. Rasa lain macam.
Trotthle I pulas habis macam tak berfungsi. Motor makin slow. Enjin hilang power. Hati rasa palat 9999.9juta hp.
pap!
I tampar meter minyak. Lagi satu selekoh bai. Satu selekoh. I redha turun motor, tolak. Doa dalam hati, minta-minta ada hantu galah tolong tolak.
***
Banyak lagi cerita I dengan Lebuhraya KL - Karak ni. Kalau rajin I cerita lagi ye. Daaaa...
1 comment:
ceh. naik moto pandai, nak isi minyak malas.
aku memang tak boleh hidup kat kl. pening. phewww.
Post a Comment