Friday, April 1, 2011

Memori '06 : Lebuhraya KL - Karak

Hujung tahun 2006, I belajar di Kolej Swasta Kawasan Perindustrian dekat Batu Muda. Orang Batu Caves, Selayang tau la kolej tu. I malas nak petik nama.

Sebulan pertama I jadi Kolumporian, bapak lemau. Mujur kawan serumah senang masuk kepala, yang satu kepala pun ada.

Bulan kedua I jadi Kolumporian, kawan serumah dah start bakar line suruh bawa motor ke Kolumpo.

I goyang juga. I tak la jahat mana, tapi 125z hensem tu piang. Barang lari kedai. Otomatik bila lari kedai, motor tu tak ada cukai jalan, orang kampung panggil rodtek.

Di Temerloh, lepas sekolah tu I memang boleh tahan juga tak ngam dengan PDRM. Sekarang pun tak ngam. Ok, sebenarnya I nak kata I tak ada lesen.

Kenderaan tiada cukai jalan, dengan tuan tiada lesen ada satu kombinasi kesalahan lalulintas yang berat. Boleh membawa ke arah jenayah kecil gamaknya.

Oleh kerana itu, I goyang nak bawak motor ke Kolumpo.

Kawan I, remp Sungai Buloh kasi bakar lagi. Dia tahu jiwa I macamana. Memang la dia tahu, sebab kami dalam scene sama.

Bila orang bakar, I jadi panas. I ayat bapak pakai ayat A punya. Tengok blog la kan. Takkan ayat bapak failed.

Kemudian, I dapat lesen dari bapak untuk bawa motor ke Kolumpo, dengan alasan terbaik, senang nak pergi kolej, selalu lambat pergi class.

3 tahun I di Kolumpo dengan motor dan penunggang yang tidak mengikut spesifikasi undang-undang.

Undang-undang negara pun I langgar, inikan pula janji dengan bapak. I takde la anak mithali sangat sebenarnya. Janji I dengan bapak, motor tu bawa pergi kolej sahaja, I langgar.

I bawa pergi NZ Wangsamaju. Bawa pergi Taman Dagang. Bawa pergi dataran. Bawa pergi Shah Alam.

***

Ah, panjang pulak dah. Nanti-nanti la kalau I rajin, I sambung. Daaa.....

No comments: