Saya tidak mahu membuang masa pembaca dengan kata-kata aluan yang, er... Ok, dengan tidak membuang masa lagi kita teruskan dengan tujuan asal posting ini.
Rebiu buku : Kitab Terfaktab.
Dimulai dengan kata kunci "Definasi Cinta Infiniti", serta sedikit kata aluan (mungkin) dari blogger Obefiend , penulis blog terkenal BLOG SERIUS saya mula menyelak helaian-helaian seterusnya.
Terfaktab. Ramai sudah tahu definasi, atau dalam bahasa melayu kampungnya, maksud. Secara umumnya sudah tentulah isinya dan segala penulisan berkait rapat dengan cinta. Apa yang cintanya?
Infiniti.
Cinta yang tersurat dalam sebuah buku seperti tiada penamatnya. Cerita cinta. Permasalahan cinta. Diskusi cinta dan segala macam tentang cinta.
15 orang penulisnya masing-masing punya pengalaman sendiri dalam bidang penulisan. 15 orang penulis ini masing-masing punya gaya bahasa penulisan yang berlainan. Itu perkara biasa. 15 orang yang lain, tentulah penulisannya juga berlainan dan bervariasi.
Saya tidak mahu memperkatakan tentang isi buku ini, kerana rata-rata pembaca saya percaya ramai yang mampu mengagak, atau membaca rebiu ringkas dari blog-blog lain.
Sedikit terkilan, dan saya harap keterkilanan ini akan terubat dalam siri kedua nanti mungkin.
Buku ini ditulis oleh penulis-penulis berpengalaman saya percaya. Sekurang-kurangnya berpengalaman menulis di blog bertahun-tahun. Saya percaya ada diantara mereka yang mempunyai ilmu khusus dalam bidang penulisan.
Di sini keterkilanan saya, buku adalah suatu objek yang tinggi nilainya. Buku, terisi dengan catatan-catatan yang akan menjadi panduan dan rujukan pada masa hadapan. Tidak kira apa bukunya, semua catatan itu tidak akan luput, sesuai dengan tajuknya KITAB TERFAKTAB.
Pada saya, nilai sebuah buku terletak pada kandungannya. Jika tidak, mengapa saya perlu menghabis RM20 untuk sebuah buku yang tebalnya cuma sama dengan Majalah Remaja yang hanya dijual pada harga bawah RM10.
Ya, isi kandungan. Ilmu tidak dinilai dengan wang ringgit. Tapi saya jangkakan KITAB ini adalah sebuah naskah yang menuju kesempurnaan, dengan pengalaman-pengalaman penulis serta pengasasnya.
Buku ini pada saya disiapkan dengan terlalu tergesa-gesa. Masih banyak perkara yang perlu di beri pencerahan. Satu perkara yang agak ketara, hukum tatabahasa dan ejaan dalam buku ini perlu sedikit pemurnian. Betul, buku ini tidak didaftarkan di DBP. Buku ini tiada nombor ISBN.
Namun, ini adalah sebuah buku. Sebuah objek yang akan menjadi rujukan, hari ini, esok dan hari-hari seterusnya. Tidak salah rasanya jika ejaan-ejaan dan tatabahasa yang ada ditambahbaik pada masa hadapan. Semuanya untuk kepentingan generasi masa hadapan, yang bakal menjadikan naskah ini sebagai rujukan.
Kita dalam zaman fesbuk dan sms yang mana ejaan dan tatabahasa seperti tiada nilainya lagi. Orang membaca dengan tafsiran otak, tidak lagi mengeja. Namun ada segelintir dari kita, masih lagi memerlukan ejaan untuk membaca.
Er.... Panjang sangat pula.
kbaitenQ.
nota : Ini sekadar pendapat peribadi penulis.
Untuk membeli naskah Kitab Terfaktab ini sila ke facebook Lejen Press atau Kitab Terfaktab, segalanya ada di sana.
Kulit Kitab Terfaktab. |
2 comments:
nak try beli laa ~! huhu :)
atau bley aku pinjam buku ko ?? ahaks !
gua setuju. nampak macam tak bersedia untuk dijual. entah macam mana gua beli juga satu nak bagi makwe. kah kah kah
Post a Comment