Sunday, October 23, 2011

Layulah Melayu.

Melayu.

Melayu. Apa Melayu?

Kalau orang asli, orang asal itu ada suku kaumnya. Di tanah besar ini sahaja sudah berapa banyak suku kaum orang asal. Mereka orang asal. Orang yang sudah sejak dari zaman mana lagi meneroka, berlindung, mencari makan, dan mati di tanah ini.

Kemudiannya, entah Melayu mana yang begitu angkuh, singgah di tanah besar ini dan dengan angkuhnya lagi sekali, menamakan tanah besar ini dengan Tanah Melayu.

Melayu.

Bangsa yang entah dari mana. Dengan bahasa yang caca marba. Bicycle itu bahasa bangsa lain, digubah sedikit dengan lenggok melayu jadinya basikal.

Bangsa yang penuh caca marba dan kekeliruan. Bangsa yang seperti tertanya-tanya dengan asal-usul sendiri.

Melayu.

Dengan retorik adat resam. Ah, adat resam dan budaya pelik yang entah diceduk dari kaum-kaum lain dari pelusuk alam.

Adat resam budaya nikah kahwinnya ada pengaruh hindu. Bersanding. Berhias. Hantaran. Berinai. Kamu tahu kan ada bangsa lain yang juga sama adat resam budaya nikah kahwin ini? Sayangnya mereka ini lebih dahulu mengamalkan adat resam budaya semacam ini. Jika adat resam budaya ada hakcipta sudah lama melayu disaman.

Melayu.

Sejarah tidak pernah menyebut melayu ini dimana tempat mulanya bangsa asing ini berlabuh. Apa yang diajar, cuma sejarah rapuh. Sejarah yang tidak pernah didebat dan sejarah yang seperti tiada pengawalnya. Sepertinya Melayu ini malu dengan asal usul mereka.

Melayu. Melayu.

Kasihannya anak melayu ini, keliru dengan bangsa meraka. Dengan retorik bangsa, kononnya Melayu ini cukup gah dengan ilmu yang mereka ada. Ilmu lautan, ilmu daratan, ilmu awangan. Mana ceritanya?

Melayu.

Mitos kisah silamnya kabur. Cuma sekadar cerita-cerita sahibul hikayat, seorang keturunan maharaja dari sekejap majapahit sekejap palembang yang kalah perang kemudian lari ke sebuah pulau digelar Temasik. Kalah perang kemudian. Ya, kalah perang.

Melayu, kaum yang sungguh kasihan.

No comments: