Wednesday, September 14, 2011

Pada suatu masa dahulu, kemudian hari ini.

Saya pun macam orang lain. Mahu bercinta dan dicintai. Remaja.

Padahal boxer gambar spongebob pun mak basuh.

Masa sekolah saya tak pernah ada makwe. Serius. Nak memang nak. Terus terang cakap, memang goyang la, haha.

Memang, ada juga seorang dua makwe saya minat. Tapi  tak bagitau dia. BTW, rasa tak berapa stailo sangat sebenarnya kalau budak kelas sains fizikal yang tak masuk baju dalam seluar dan pakai kasut converse buruk gila buruk ada makwe. Kan?

Itu title. Ok, saya tak gangster. Saya bukan kaki pukul. Saya bukan kaki buli atau kaki pau. Tapi setakat jual winston seringgit tiga batang tu tak ada masalah rasanya kan? Haha. Buat tambang bas balik. Ada untuk lebih boleh buat pergi cc.

Orait, berbalik kepada makwe. Satu masa dahulu, selepas tamat persekolah, saya telah menjawat jawatan sebagai kutu. Sebagai kutu kampung yang berkaliber dan punya matlamat hidup saya tidaklah melepak di kampung sahaja, sebagai inisiatifnya, saya berjalan-jalan juga ke pasar-pasar malam taman-taman perumahan.

Disebabkan hobi itu, saya telah termengorat seorang makwe. Senang. Saya tak reti mengorat. Serius.

Tiba-tiba dia dah jadi makwe saya. Yes. Tiba-tiba. Tak perlulah saya nak ceritakan scene saya minta kapel tu macam mana kan.

Kapel punya kapel. Kapel. Kapel. Kepal. Kepal. Pergi mandi sungai sama-sama. Pergi makan kepsi sama-sama.

Pernah saya kata pada dia, "Awak, tak ada orang lain boleh ganti awak dalam hati saya, dalam hidup saya, walau apa pun jadi, awak saja yang saya sayang."

Entah apa jadi, tiba-tiba saya belajar kolej di Kolumpo. Makwe saya pula masuk poli dekat JB.

Tak tau apasal. Orait. Saya tak salah. Betul. Dia yang minta putus.

Dan masa tu saya di Kolumpo dengan berbagai masalah study. Pointer tak lepas. Repeat. PTPTN tak saport. Hutang study fees dengan kolej dan segala babilah jadi pada saya masa tu.

Dalam masa yang sama, ada seorang lagi gadis yang sudi campak tali pada saya masa tengah terkapai-kapai kelemasan tu. Dem!

Saya tak tau. Tiba-tiba. Tak lama pun. Hati saya terpaut pada yang menghulur tali bantuan ni. Peh! Jangan cerita. Tapi yang menolong saya ni, mula-mulanya saya tak berapa berkenan sangat. Tak minat. Mungkin masa tu saya masih dalam kesemputan gamaknya.

Tak sangka, semalam kitorang, saya dan si gadis yang menghulur tangan menarik saya dari lemas itu sudah berbincang hal-hal cincin. Ah, DEM! Duit ada duit?

Tekan-tekan la sikit nuff tu, nak kawen ni. :)

Peh. Tetiba kan. Dah boleh jadi bapak orang ke saya ni? Semayang jumaat pun kantoi lagi. Haha.

2 comments:

munira hashim said...

jgn bimbang ..kahwin itu berkat...rezeki bertambah law kawen

Nur Haiza said...

woo...cukup duet ke bro???ape2 pun rnggu aku dulu kawen..hahaha