Hendak mengarang sesuatu.
Susun kata.
Lukis bahasa,
yang indah-indah belaka buat orang membaca.
Susah. Entahlah. Susah betul. Sekarang lah.
Sikit masa dulu, tiga tahun lepas rasanya. Rajin juga saya mengarang cerita-cerita. Kadang-kadang sendiri tulis sendiri baca. Haha.
Sikit masa itu saya ingat-ingat semula, sebenarnya saya mahu seperti dulu, duduk-duduk sahaja dan sudah ada patah kata yang boleh di gubah, untuk di kongsi, atau sendiri tulis sendiri bacalah. Kemudian sengih seorang.
Oh ya, saya ingat semula waktu itu, waktu saya tidak begini, tidak ketandusan kata.
Waktu itu, masalah bertimpa-timpa membeban saya, tubuh badan, otak. Ya, bertimpa-timpa, dan saya luahkan masalah bertimpa-timpa yang membeban itu pada patah kata. Banyak. Sungguh banyak.
Tapi hari ini, malam ini, waktu saya menaip ini. Entah apa-apa, dan untuk dikongsi, sebenarnya saya kosong. Kosong... Tak kosong sangat sebenarnya. Entahlah. haha.
Tak banyak fikir. Tak banyak kira. Tak banyak picit kepala, dan tak banyak muram. Hari-hari saya indah dengan senyum dan saya suka dan suka gembira senyum itu sebenarnya tiada penjelasan.
Betulnya, saya heran.
Kadang, hati rasa mahu macam dulu, banyak menggarap tulis-tulis, patah-patah huruf, gubah lagu puisi, sama berteman dengan hari-hari penuh beban dan kerut dahi.
Tapi buat apa cari masalah bukan?
Kenapa ya?
Ada saatnya masa kosong, fikir saya suka dengan picit-picit dahi dan fikir cara mahu selesaikan kira-kira itu.
Baby ini comel je tongkat dagu. |
***Kredit gambar dari blog Ceritalah Nolin
No comments:
Post a Comment