Tuesday, August 23, 2011

Antara Blog, Sekolah Kebangsaan, dan Bahasa Melayu


Sebenarnya saya tidak bercadang sangat pun nak menulis perkara-perkara yang serius.  Tapi, bila saya fikir semula dengan berfikir cara realistik, perkara ini serius. Mungkin realistik pada kepala otak saya yang belajar tamat tingkatan 5 sekolah menengah kebangsaan, mungkin tidak realistik pada kepala otak pakar, professor atau ahli bahasa. Saya peduli apa? Ini tulisan saya. 

Antara tahun 2010 – 2011 menyaksikan peningkatan mendadak pengguna internet di negara kita. Tanpa merujuk kepada mana-mana statistik, kita sendiri dapat lihat percambahan pengguna internet ini. Mungkin sedikit pengaruh laman sosial facebook, tapi kita tak boleh menidakkan faktor trend penulisan blog di kalangan anak muda  serta pengamal politik.

Blog. Ya, blog secara tiba-tiba adalah suatu perkara yang boleh menjadi hal berborak di kantin sekolah, padang futsal, pameran buku, kedai tudung, atau bengkel basikal resing sepertinya kita berborak hal-hal motor kena curi, makwe baru masuk kelas sastera itu cun, youjizz kena block, karipap dekat kantin itu intinya cuma tiga potong kentang dan fakku isu Naruto dengan Hinata. 

Bila sesuatu itu sudah jadi begitu hot, er… lupakan sekejap tentang MySpace, FriendSter, mIRC, atau YM, maka ramailah pengguna dan pengamalnya.

Bagaikan trend sub-budaya di kalangan anak muda yang telah melanda Malaysia sekitar tahun 2000, seorang anak muda akan dilihat sangat-sangat anak mama, budak surau, dan ahli kelab kaunseling jika tidak skinhead. Seorang remaja yang sudah akil baligh akan kelihatan begitu tabligh dan menjadikan kismis sebagai makanan ruji jika tidak punk. Seorang pelajar sekolah tingkatan 4 kelas sains akan kelihatan sangat Bulan Sabit Merah sekiranya tidak  Skaters dan mendengar lagu Limp Bizkit di telefon bimbit N-Gage. Sekadar merujuk beberapa contoh.

Begitulah trend blog yang mana secara tiba-tiba menjadi sesuatu yang perlu untuk seorang anak muda kelihatan cool dan… Er… Rujuk contoh di atas.

Bak kata pepatah orang muda, lubuk banyak udang ada buaya, tempat banyak orang pun ada buaya. Eh.

Bila sudah ramai-ramai begitu makanya macam-macam karenahlah pengamal blog ini untuk kelihatan tercool, teraneh, terunik dan terpower dikalangan mereka.

 Bila sudah ramai-ramai begitu makanya banyaklah tujuan pengamal blog ini untuk meyakinkan pembaca akan kebenaran dan keheroan hasil masing-masing di kalangan mereka.

Bila sudah ramai-ramai begitu makanya, wujudlah… Ah, pandai-pandai fikir sendirilah. Benda kecil sebegini pun takkanlah mahu budak lulusan SPM paras hidung kena fikir? Kan? Kan?

Ada yang mahu jadi pendakwah, penyindir, pelawak, politikus, pengkritik, penulis, penaip, peMLM dan…. ah, banyak lagilah mahu jadinya di kalangan ahli-ahli blog ini.

Bila sudah banyak-banyak begini makanya akan wujud pula jenis yang ahli-ahli lain tak suka. Contoh mudahnya, kalau makan air batu campur, mesti ada bahan yang kita tak suka, kacang merah ke, sagu ke, cendol ke, susu cair ke.

Setelah panjang benar melalut tak tentu hala, maka molek juga kiranya saya terus sahaja menuliskan hal tajuk besar, Antara Blog, Sekolah Kebangsaan, dan Bahasa Melayu.

Sebagai ahli blog, dan saya juga diantaranya, nak tak nak, saya, kamu, kamu dan kamu sebagai ahli blog secara langsung atau tidak langsung terlibat dan telah menjadi salah seorang pengguna bahasa. Sekadar mengagak, saya percaya 80% dan lebih ahli blog ini menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di blog masing-masing.

 Tak tahulah pula kalau ada pelajar perempuan tingkatan 4 kelas akaun yang menulis blog hal-hal formula Matematik Tambahan. Itu terkecuali, pasal matematik bukan bahasa. Matematik itu kira-kira dan orang yang terlalu bodoh dan kuat mengampu sahaja kata Matematik itu lingua franca nya adalah bahasa inggeris.

Jadi, sebagai salah seorang yang telah menjadi ahli Bahasa Melayu, yakni bahasa rasmi negara Malaysia dan bahasa yang menjadi kebanggaan bangsa Melayu, maka menjadi tanggungjawab kita penulis yang menggunakan bahasa ini untuk memartabatkannya, atau kalau dah bebal sangat guna Bahasa Melayu tu cubalah menghormatinya.

“Bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca (di sinilah penggunaan sebenarnya perkataan ini) di kalangan para pedagang asing yang berurusan di Melaka dan kepulauan nusantara. – Buku teks sejarah tingkatan empat.”

Dari pemerhatian dan berjalan blog, saya mengagak ramai pengamal blog adalah di kalangan pelajar sekolah menengah, pelajar kolej swasta, pelajar universiti awam, pelajar universiti luar negara, dan segelintir orang dewasa yang suka mencarut dan menyumpah sesama sendiri. Lupakan sebentar blog gey, cerdes dan download 3gp.

Wah, ini sudah bagus! Ramai ahli blog rupanya adalah dikalangan anak muda yang sedang belajar dan sangat dekat dengan bahasa. Rasanya tak ada masalah langsung untuk ingat ejaan, tanda baca dan tatabahasa Bahasa Melayu. Kalau sudah benak sangat, takkan tidak boleh semak buku latihan.

Kan?

Kan adik-adik gadis tingkatan empat kan? Ala comelnya gambo pakwe bergambo dalam kelas ramai-ramai tu…
Kan awak-awak makwe kolej misi kan? Ulololo, romantiknya gambo rapat-rapat pipi dengan pakwe tu…

 Ya, bukan susah sangat Bahasa Melayu ini. Tiap masa kita guna. Tiap tempat. Kita bertutur dalam Bahasa Melayu. Kebanyakan dari kita lahir dalam keluarga dan bangsa yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan. Jadi apa yang susahnya? Bangla pam minyak tiga bulan sahaja tinggal di Malaysia, belajar Bahasa Melayu dan bertutur. Saya tunjukkan contoh ayat di bawah. 

Pagi tadi gua pergi sekolah. Gua pergi sekolah naik kereta ayah gua hantar. Ayah gua hari-hari hantar gua pergi sekolah, sampai ngam-ngam depan gate sekolah dia hantar. Peh, gua memang manja.

tdY monynk wa pgY skolah. Wa pgY skolah ary2 ayah anta. Ayah wa ary2 anta wa pgY skullah sampY ngam soi dEpaN gaTe skullah.

Nampak perbezaannya? Nampak? 

Ayat mana yang lagi senang nak taip?

Atas ke bawah?

Habis. 

1 comment:

Dr. Bentara said...

saya masih belajar dalam berblog ;)

eid mubarak!