Friday, January 14, 2011

Senyum

Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit,
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit...
***

Perh!
Aku rasa salah satu anggota tubuh luruh dari badan. Gugur. Jatuh.

Dia senyum. Cantik. Mahu aku gambarkan apa dalam ayat ni? Tak tergambar.

Mungkin, er... Tak keterlaluan kalau aku katakan cantik macam apa yang semua orang tengok, orang akan kata, 'peh, cun der... Tangkap cintan gua,'. Semua orang kata satu ayat, yang memaksudkan dia cantik. Sungguh.

Nak tegur? Wah...

Tak pe, usha dulu. Aku perati dia tajam-tajam sambil minta-minta yang dia perasan aku sedang pandang dia.

Dan...

Alhamdulillah, permintaan aku dimakbulkan.

Dia pandang aku. Lebih kurang 3 saat aku rasa, kemudian dia senyum.

Siapa-siapa boleh tolong ambilkan hati aku yang dah jatuh ni? Please.

No comments: