Bunyi bising dari speaker kelab tiba-tiba tidak berbunyi. Suasana hingar-bingar beberapa saat tadi sekarang tiba-tiba sunyi. Hening. Nafas aku mula sesak. Dalam fikiran aku cuma satu perkara yang amat-amat aku takuti. Polis ambush.
“Jangan bergerak, letak senjata dan meniarap di lantai!!!”
Bunyi kuat yang keluar dari pembesar suara makin menyesakkan nafas aku. Aku angkat tangan dan duduk tunduk kelantai. Namun tangan aku bersedia untuk mencapai pistol dipinggang. Aku pandang wajah Lan Laga. Biru pucat. Jika ditembak sekali pun kepala Lan Laga ketika itu, mungkin tiada darah yang keluar.
Nafas aku makin sesak. Bahu aku ditolak.
“Meniarap,”
Aku patuh dengan arahan sang polis bajingan. Mahu sahaja aku tembak kepalanya. Kalau ada peluang akan aku tembak kepala bajet hensem itu. Dari wajahnya, aku berkira-kira kalaupun dia sudah berkahwin, mungkin baru beranak satu. Janda anak satu masih lagi hebat. Aku tersenyum sendiri.
Aku pandang Boyot. Juga sudah meniarap di lantai. Polis sedang menyelongkar jaket Boyot. Beberapa saat lagi pistol .22 buatan jerman itu akan tersembul. Aku perlu membuat keputusan nekad. Keputusan yang akan mengubah kehidupan aku. Tiada lagi kemewahan. Tiada lagi kehidupan normal.
bersambung...
3 comments:
menarik....
ko suka menulis yer?
P/S : Beberapa Soalan Menarik Yang Gua Nak Tanya Pada Anda Semua
Salam,
Wah!!!! dah macam Ramlee Awang Murshid ni. Kalau tulis novel, akan bertambah penulis thriller di Malaysia...
Meriahnya Aidiladha di Kelantan Edisi Tiga
lu mmg suke mengarang erk..nak ambil spm balik erk..hehe..boyot tuh cam namo gua jerk
Post a Comment