Sudah aku sedari sejak mula aku memilih jalan haram ini. Jalan yang tiada jalan keluar. Aku keluar dari norma kehidupan seorang manusia biasa. Kerana aku mahu kemewahan dengan jalan mudah. Ya. Jalan ini memang mudah untuk mengejar kemewahan. Kemewahan yang tak akan ada kepuasan.
Baru sahaja aku berkira-kira mahu meninggalkan kerja kotor ini. Tapi Lan Laga sentiasa menghalang aku. Hari ini aku bertemu dengan ruas. Antara manusia yang mampu membunuh aku. Mampu menghantar aku ke penjara. Dengan hukuman penjara sampai mati, atau yang lebih elok sedikit, penjara seumur hidup, lebih baik aku mati di sini dengan tubuh tertanam biji-biji timah peluru pistol. Baru kena dengan status aku sebagai gangster. Tycoon dadah berjaya. Ya, aku bangga dengan jolokan itu.
“Woi,”
Aku bangun dan menjerit. Semua polis yang berkawal mengalih perhatian kearah aku. Semua mengacu pistol kearah aku. Aku pula mengacu pistol ke arah polis yang menggeledah Boyot. Suasana kelam kabut seketika. Aku pandang Lan Laga yang sedang meniarap. Aku pandang Boyot juga sedang meniarap. Apek yang agak jauh dari aku juga kelihatan meniarap.
“Tunduk, letakkan senjata,”
Namun aku masih menggenggam erat .32 silver di tangan. Kalaupun aku mati hari ini, pasti seorang dari anjing-anjing ini akan menemani aku di alam barzakh.
bersambung...
2 comments:
lu leh wat filem nie bai..hehe
pergh, filem pendek ke ni??
Post a Comment