Benda-benda macam ni selalunya lelaki-lelaki yang kool tak berapa nak ambil peduli sangat.
"Lantak la, apadahal aku nak risau pasal lapar, dah lapar makan la." kan?
Tapi perempuan sangat risau. Er... Tu pun kalau lelaki tu special kepada perempuan tu la.
1. Bila lelaki SMS "lapo", lelaki akan rasa benda tu biasa. Tapi perempuan akan sangat menggelabah bila orang yang dia sayang mengadu lapar.
2. Bila lelaki kata "pening la", lelaki akan anggap benda tu biasa, makan panadol actifast elok la. Tapi perempuan sangat risau bila orang yang dia sayang sakit, pening.
3. Bila lelaki kata "I love u" lepas dia dapat apa-apa dari perempuan, (hadiah contohnya) lelaki itu takkan rasa apa-apa, "i love u" sekadar "terima kasih". Tapi perempuan sangat-sangat menghargai "i love u" itu. kan?
4. Kiss. Jangan suka-suka bagi wei. Bahaya sangat. First kiss bagi perempuan selalunya untuk orang yang sangat-sangat dia sayang. Ok, bagi lelaki yang kaki "cek ya" itu adalah perkara biasa. Untuk lelaki kool macam aku, hargailah first kiss anda. dem! haha.
hmmm...
ini pula dari lelaki untuk perempuan yang dia baru kenal atau tak kenal langsung.
1. Senyum. Wahai lelaki yang kool ke, hot ke sekalian, jangan suka-suka senyum dekat perempuan. Nanti macam-macam andaian dia buat.
2. Ucap "sayang", yang ni lagi satu perkataan bahaya. Walaupun kamu lelaki yang kool, jangan suka-kaki kata sayang kalau kamu sekadar nak suka-suka. Perempuan sangat ambil berat pasal ni.
3. Hadiah. Bagi lelaki yang kool dan bukan buaya, hadiah adalah sesuatu yang biasa. Biasa la kan bagi hadiah. Perempuan sangat ambil berat pasal benda-benda kecil macam ni. Hadiah gelas adalah maksudnya, atau hadiah teddy bear, atau hadiah pakaian. Tak percaya? Tu la kamu, siapa suruh baca Mastika je, baca la Remaja sekali kadang-kadang tu, kalau malas beli pinjam dekat adik perempuan kamu.
4. Apa lagi ek? ala.. tak de idea la.. pandai-pandai la tambah. boleh gitu?
13 comments:
hehehe..
betul2..
perempuan lebih concern bab2 macam ni..
jiwa perempuan more utk menyayangi tp sifat lelaki adalah pelindung utk perempuan.
so perempuan akan rasa sedih bila pelindung dia sakit ka, xmakan ka..huhuh
sy sukaaa!!
Yup aku setuju 200% pompuan mmg teliti ttp lelaki prihatin kan
sayang..info yang menarik le sayang..hehe..damn..pehni lu mesti amik berat kt gua..
nice sharing,,ade perkara yang lelaki anggap biasa tapi bermakna bagi perempuan dan ada perkara yang perempuan anggap biasa tapi bermakna bagi lelaki.
aie, ko ni pencinta wanita.
hahaha :D
haha.
betul. pompuan ni sensitip skit.
kalau da sayang, semua benda dia ambik kisah..
terbaik la!!!smue betol.hahah
* MissYaniAbdullah * - like.. :)
IEKAH MOKRI - hihi.. pompuan memang teliti..
one2paii - wei.. kang makwe aku bising la.. haha..
eiela - a'ah.. betol la tuh.. :)
ibaidillah - ah, ko dah tau kan.. haha..
tukangtulisnota - tu la hal. sampai yang dalam-dalam pun nak amik tau jugak..
akmal afiqah - yeah.. A++ hihi..
wahhh mmg sgt memahami jiwa perempuan laa..^_~
Emilia Emira - Orait.. :) nice kan.. haha..
kerana diri wanita amat berharga^^
erk...ppuan sekarang sensentap biarpun agak tough..post terbaik!lepas ni sy buat dunno ja..
apple - yess!
Syaidahtul Badriyah Aziz - takpe. tugas kamu jadi macam tu.. :)
Post a Comment