liku-liku itu kalau bahasa kampungnya selekoh-selekoh kecil.
Jalan kampung memang kecil. Sepanjang jalan itu, kiri kanannya ada macam-macam. Semak samun. Pokok getah. Sawit. Kandang lembu. Paya. Rotan manau dan kalau bertuah boleh bertemu ayam hutan yang tersesat mencari makan di pinggir kampung.
Liku-liku itu saya maksudkannya dengan perkataan klise sastera. Ya, saya maksudkan. Kita faham liku-liku itu adalah cerita, kronologi dan persoalan. Tiada makna mendalam.
Liku-liku sepanjang jalan kecil, sinopsisnya dapat saya bayangkan sebuah cerita ringan anak-anak kampung Rantau Panjang yang punya berbagai cerita contohnya jual besi buruk, curi ayam, memancing di waktu petang, pengangguran, serta merempit waktu solat jumaat.
Nantikan apdetnya di fauwaz-blog dan jangan lupa follow saya di sana. :)
No comments:
Post a Comment