Saturday, September 4, 2010
Hari Raya Aidilfitri
Aidilfitri.
Penerangan mengenainya ada dalam Wikipedia.
Hari Raya Aidilfitri disambut oleh umat Islam seluruh dunia pada 1 Syawal tahun hijrah.
Saya juga menyambutnya kerana saya Islam.
Tapi sebelum Aidilfitri itu, kita diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan. Berpuasa pada bulan Ramadhan ada disebut dalam rukun Islam, yang nombor berapa? Itu kamu tahu bukan?
Lalu, Aidilfitri adalah hari kita meraikan kemenangan setelah berjaya menunaikan salah satu rukun Islam itu.
Bagaimana menyambutnya?
Dari usia kanak-kanak saya diajar menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan baju baru, langsir baru, kusyen baru, cat rumah baru, kadang-kadang kereta baru atau set home teater baru.
Saya fikir kamu semua sama macam saya. Kan?
Bila saya sudah besar saya perasan, Hari Raya Aidilfitri ini kadang-kadang...
buat kaum bapa-bapa runsing dan berkerut dahi untuk masa beberapa bulan.
Duit belanja rumah semua sudah lari bajet.
Tambah lagi hutang Aeon credit untuk beli set home teater.
Itu belum lagi kira pinjam ceti. yang tahun lepas pun ada gantung lagi.
Ramai juga kaum bapa-bapa ini bila Aidilfitri, lepas solat sunat Aidilfitri gantung baju dalam almari, sarung kain pelikat dengan baju pagoda koyak di bahu lepak depan beranda dengan air teh o segelas mengadap rokok lepas batang, sebatang.
Kaum ibu-ibu berborak sakan.
ee.. kuih ini beli dimana? ee.. Langsir ini tempah ke beli Pasarayaku?
Dan, yang paling seronok saya tengok kanak-kanak yang dapat duit raya lepas tu pergi beli mercun das kedai Maniam yang memang tak tutup masa Raya. Raya dia sendiri pun dia tak tutup!
Diatas ini adalah pemerhatian yang saya buat bila saya sudah menginjak dewasa.
Saya sendiri,
Ada juga sambar sehelai jeans levis ekspo.
Baju melayu tahun lepas bau kedai lagi. Gua pakai sekali tu je, budak tak perasan eh..
Duit lebih tinggal buat belanja sampai hujung bulan.
Kawan-kawan text, "Lu tak balik beraya ke dol?"
Saya balas, "Gua nak rehat dulu dol scene raya time-time bujang ni, dah kawin esok gua sambung la semula."
Ok?
Raya lagi seminggu la....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
tq sudi komen n singgah blog saya
rajin2 lah baca entry saya selalu
yups
sebab tu saya malas buat baju raya
rasa macam membebankan orang tua jer
meh komen kejap pasal iklan raya tv3 yang baru nih
P/S : Iklan Raya Aidilfitri TV3 Tahun Nih Macam Ada Tak Kena! Ini Bukan Hari Natal....
Okeys hans. :)
aiseyh.kamu xbalik raye ke nih.hehe.jgn smpai macm tu.nanti dh xsingle kene balik dua kmpung tahu hehe.unless kalo dpt satu kmpg la huhuh.btw.selamat hari raya in advanced.
ko balik kampung ker tak?
P/S : Aku Maluuu
balik.. cume tak melayan sangat la.. haha.. cukup syarat sambut raya dah la.. salam2.. sembahyang raya.. pegi ziarah kubur..
Gua nk jadi usop.. hahaha.. gambar tu menarik..
Tapi, gua ingat-ungat balik.. gua memang tak beli baju rayan utk jalan-jalan.. baju raya gua adalah baju melayu..
Kalau pegi raya pun pkai baju melayu.. hahaha.. dah hari ketiga pun pakai baku tu.. kuang kuang kuang..
keh keh keh.
gua baru tahun ni nak try sambut raya runcit-runcit..
tapi tu la, mesti ada punya hasutan suruh beli baru jugak.. haha..
Post a Comment