Bapa saudara saya
Bapa saudara saya, merangkap idola saya juga dalam penulisan atau perjuangan.
Bapa saudara saya, L. Mankadir Samsi.
Aktivis politik, pelakon, penulis skrip, pengarah.
Kamu tak percaya? Gugel sahaja nama yang saya beri itu.
Ini nota kecil seorang penulis kecil.
Jadi, saya sangat kecil. Sangat!
Saya tak harap saya mampu jadi besar seperti dia.
Tapi saya harap saya ada semangat besar seperti dia.
Tujuan
Tujuan adalah sesuatu yang kompleks.
Mengikut hukum, tujuan adalah perjalanan dari titik 'a' ke titik 'b'.
Titik 'a' adalah permulaan manakala titik 'b' adalah pengakhiran.
Melalui hukum ini, saya faham tujuan memerlukan permulaan dan pengakhiran.
Untuk menyelesaikan masalah kawan saya,
Jadi saya gunakan hukum ini.
Persoalannya, 'apa tujuan kau hidup?'
Saya jawab,
- Tuhan jadikan kita, makhlukNya untuk menjadi hamba kepadaNya. Maka, jadilah hamba kepadaNya.
- Tuhan jadikan manusia untuk menjadi khalifah di mukabumi. Maka, jadilah khalifah kepada makhluk Allah S.W.T yang lain.
Kawan itu angguk kepala serius.
Mungkin kerana saya jawab dengan serius.
Kesian…
Saya sambung lagi, "Suka hati kau la, hidup kau. Takkan kau nak terpengaruh dengan dua ayat aku tu,"
Kawan itu angguk kepala perlahan dengan sedikit perubahan ekspresi.
Angguk faham atau angguk layan… Itu dia punya hal.
Saya fikir, kita hidup perlu ada tujuan. Itu sahaja.
Kamu fikir?
2 comments:
saya pikir saya perlu ada tujuan.kalau tak.hidup tak mampu saya aturkan.
Hihi. ye la days.. kalo tak de tujuan tu memang tak payah hidup le..
Post a Comment