Friday, April 4, 2014

Najib Razak

Najib Razak, PM Malaysia ke-6. Abdullah Badawi tak femes sangat, tak ada isu. Banyak tidur sahaja sambil diperatikan menantunya KJ. Entah bapa mende nak bagi ke Pak Lah ni dalam buku teks sekolah 30 tahun akan datang. Tapi kalau ikutkan, Pak Lah ni rebel juga dalam BN. doa buat kepala dia je.

Sejarah BN ni, orang yang kena buang dari BN adalah orang yang boleh pakai juga. Kenapa Pak Lah kena buang, semua orang tau Pak Lah kuat tidur. Tapi faktor politik mengatakan Pak Lah PM UMNO BN yang tak makan rasuah dan kuat agama. Ciri-ciri dalam badan dia tak ngam dengan umno lalu dia dibuang. Tidur dan KJ cuma kambing hitam. 

Dalam sejarah sejarah kepimpinan Malaysia, Najib Razak adalah PM yang paling bangsat. Semua orang tak suka Najib. Tapi dia memang power, dia tak ambik pot lansung orang tak suka dia. bini dia pun sama. 94.7% pengguna internet malaysia tak suka Najib. Lebihan itu adalah macai. Macai ni masyarakat memang cukup pandang serong. Kalau diibaratkan 15 tahun lepas macai ni macam mat dadah dalam pertandingan melukis poster antidadah yang saya sertai masa sekolah rendah. 10 tahun lepas macai ni macam skinhead, punk, underground yang sangat dibenci masyarakat majalah mastika. 

Najib... Najib... Banyak hal dia ni. Dari Altantuya kena bom pakai bom askar malaysia. Kapal selam yang timbul masa pameran. Dengan bini yang buruk dan kuat membazir. Dengan akal yang entah macamana dia pakai. Cerita pasal buruk Najib ni, sampai tahap tak payah cerita. kadang-kadang mendatangkan amarah. Kadang-kadang mendatangkan suka. 

Bayangkan apa ada dalam akal seorang menteri yang pelik sangat dengan harga kangkung? Apa yang dia fikir sampai sanggup kecoh satu negara dia beli ayam seringgit sekor. Abah dia ayam mentah seringgit sekor. Anak ayam hidup yang warna-warni tu pun dah 1.50 dah sekor. Najib... Najib... 

Tapi dia cekal, walaupun ramai membenci dia, Najib masih nak ambil hati  rakyat, walaupun yang terbagi hatinya cuma macai.

No comments: