Friday, March 8, 2013

Perkutuan

Untuk beberapa hari ini saya sedang melalui hari-hari indah selaku masih lagi seorang anak muda. Juga masih lagi diberi peluang untuk meneruskan perkutuan (lebih kurang percutian), alhamdulillah.

Sekadar berkongsi maklumat, aktiviti perkutuan sebegini tidaklah seindah serupa bercuti ke Bali atau Danok,  aktiviti ini sekadar berlegar-legar di sekitar daerah tempat tinggal bertemankan beberapa orang anak muda juga punya hobi sama.

Sebagai kutu separa aktif saya perhatikan menjadi seorang kutu ini tidaklah seindah sebagaimana dilihat pada brader-brader kutu yang sudah punya pengalaman bertahun. Ingat senang ke nak simpan rambut panjang, bapak la rimas.

Selain itu, menjalani hidup sebagai kutu ini sebenarnya memerlukan kesabaran, kecekalan serta keazaman yang tinggi. Menjadi kutu bererti kita sudah bersedia untuk menerima kritikan, kecaman, umpatan, kutukan serta pelbagai lagi jenis kata-kata buruk dari masyarakat sekeliling, lebih dari menjadi seorang ahli politik.

Peh, lama betul dah tak update blog ni. hehehehe

No comments: