Saturday, September 1, 2012

Merah Putih panji-panji kita.

Alhamdullillah.

Merah Putih sudah berkibar menyambung legasi juang orang terdahulu.

Teruskan juang kita, kibarkan Sang Saka Merah Putih.

Terus mencipta sejarah, terus untuk dikenang.

5 comments:

adam said...

rasa macam keperluan sampai mahu menukar bendera tak perlu kot?

Fiq ras Fauwaz said...

saya cuma sokong mana yang saya rasa bagus. Dan ini saya rasa bagus. Ada motif semangat atas panji kita, dan lebih rasa hormat.

Sekarang? Mana hormat kita pada jalus gemilang yang saya tengok orang pijak-pijak saja atas jalanraya. Siapa hormat?

adam said...

Dan kalau ditukar pun adakah takkan dipijak? Tengok sekarang indonesia yang tak henti mencaci malaysia dek alasan maling2 dan bakar bendera segala, agak2 lepas nih kalo tukar bendera serupa macam diorang pulak macam mana diorang punye act?

Tak bermakna saya pro kerajaan atau pembangkang.

Dan menurut fahaman saya bila melihat bendera ni dulu disiarkan, niatnya ingin menukar bendera. Dalam kenyataan entri terbaru, niatnya untuk mengingati perjuangan terdahulu. Bercanggah? Ya.

Raja Fiqri Fauwaz said...

ada yang pijak ke? diorang pijak gambar najib dengan rosmah la.

heh.

kalau bendera malaysia jatuh tengah jalan, ada semangat ke ko nak pergi ambik, simpan?

dekat mana-mana pun orang pijak bendera. tengah hiway bersepah aku tengok orang pijak.

adam said...

maksud saya bukan sewaktu ambang kemerdekaan itu. Maksud saya dalam isu semasa.

Kalau indonesia tak henti memijak, berak di atas bendera kita, bila ditukar nanti bagaimana agaknya?

Itu saja.

Dan saya tak rasa hormat itu makin bertambah dengan penukaran bendera. Saya tahu kerajaan sekarang melingkup, dan saya pun ingin melihat perubahan, tapi bukan dengan cara ini.

Dan dengan kedangkalan pro pembangkang yang memijak gambar najib, rosmah, siap berposing mahu berak semakin menunjukkan kebodohan pihak penentang.

Nak melawan biar guna otak, bukan emosi.

Maaflah andai kamu tak bersetuju.