Monday, September 10, 2012

Maghrib.

Senja ini.

Duduk-duduk saja.

Pulang dari celah dunia besar, saya yang kerdil terselit di celah kapitalisma.

Sedikit hamba Yang Maha Esa.

Selebihnya hamba dunia.

Duduk-duduk saja.

Menontoh tuhan baru dunia, ya hidup ini perlu sedikit hiburan, tanpa
perlu melihat tipu-tipu buletin utama.

Kemudian, duduk-duduk melayan nafsu.

Nafsu mahu menelan seni, sendiri-sendiri.

Sekian, senja ini.