Thursday, May 24, 2012

Saya dan statistik penganggur.

Beberapa hari yang lepas, sebenarnya seminggu yang lepas secara rasminya saya telah menambah jumlah statistik penganggur di Malaysia ini.

Sebagai salah seorang Meleis yang menganggur di bolehland, sudah tentulah saya menjadi seorang yang sepertinya tidak berguna langsung untuk negara pada pandangan masyarakat. Entah saya ini termasuk atau tidak di dalam golongan masyarakat, itu saya tak tahu. Tanya merekalah.

Jadi, dari menjadi bualan, dan saje-saje orang bertanya "tak kerja ke hari ini?" lebih baik saya bersendiri mengupdate blog. Takkan saya mahu jawab pada mereka, "Ah, lu pergi buat kerja lu la, gua tau kerja gua," pula. Tidak begitu kan?

Tapi bersendiri dengan tiadanya rokok ini pun bosan juga sebenarnya. Setan betul, mana nak cekau sen nak menyambor Peter Stuyvesent ni.

No comments: