Sunday, May 20, 2012

Saya dan pagi yang tenang.

Sebagai seorang anak muda yang baru menjawat jawatan kutu, agak jarang saya bangun pada waktu pagu yang cuacanya masih sejuk serta masih selesa untuk berselimut begini.

Saya bangun dalam keadaan tenang-tenang sahaja. Tiada bom asap, tiada meriam air, serta tiada suara mak membebel. Sejurus saya bangun, terus sahaja membuka tingkap. Burung murai riuh berkecauan seperti menegur saya yang baru bangun tidur. Saya senyum sahaja kepada burung murai itu.

Kemudian, dengan tenang saya mandi dan melakukan tugas-tugas am ketika mandi yang tak berapa perlu sangat saya ceritakan di sini sebenarnya.

Begitulah saya beberapa hari ini, dipenuhi dengan ketenangan, walaupun tiada rokok kotak di dalam poket.

2 comments:

Abang Zam said...

tahukah anda, bangun pagi sedap kalau terus pekena sepam dua dunhill?

Raja Fiqri Fauwaz said...

tahu tak pe. Itulah yang mencabar hidup sebagai kutu ni. Nak perasap pun sukar.