Thursday, May 31, 2012

Rasul Bani Melayu.

Sudah 13 jam Najib termenung di kerusi malas di balkoni tingkat atas rumah yang tinggi dua tingkat itu. Entah benda difikirnya sampai begita lama menungnya. Air teh lipton sudah empat teko bertukar tak luak-luak, cuma dihurung semut.

Rosmah mula naik hamun melihat orang rumahnya duduk sahaja termenung selama 13 jam itu tanpa berbuat apa-apa. Rosmah mencebik bibir sambil bercekak pinggang tatkala ternampak 2 ekor labah-labah tarantula dari hutan amazon mula membina sarang di antara cuping telinga dan sendi bahu Najib.

Jangankan nak tutup suis heater air bilik mandi, air paip dapur dan peti sejuk pun tidak ditutupnya.

'Awak ni kenapa Ayang,' tegur Rosmah dengan suara menggoda, seperti makwe-makwe baru habis datang bulan.

Najib diam tidak menjawab.

'prraaaa,' sebijik frame gambar singgah di atas meja tepi kerusi malas tempat Najib duduk. Najib mengambil gambar yang jatuh dari frame yang pecah. Gambar atas pelamin dia dengan Rosmah.

'Awak ni kenapa Najib?' tanya Rosmah sekali lagi dengan suara ala-ala panglima perang tentera Nazi.

Najib paling muka memandang Rosmah.

'Saya ni memikir ke himpunan berjuta belia kita tu,' kata Najib perlahan.

'Benda besar sangat masalahnya tu sampai saya pun awak tak selera ni? Ce kabor ke,' ujar Rosmah merendahkan nada suara.

'Benda tak besarnya, budak-budak belia ni la, surau sangat dah gayanya belaka habis semua tak pelik ke makwe-makwe k-pop, semua nak dengor Ostad Ja'ar tu kuliah je, hiss... Gone nak mengumpul ke juto-jutonye,' terang Najib sambil menggaru kepala arah tak ada rambut.

'Hal remeh begitu pun sedang ni awak pikir, jadi tukang rumah je la moleknya awak ni,' kata Rosmah sambil tersenyum sini.

'Kejap saya talipon ke ostad hukum hakam ni suruh kabor ke masyarakat yang Ostad Ja'ar tu haram, jenis kena berendam dalam kubang kerbau dan air mutlak kalau bersentuh,. Ha.. . Bukan payah,' ujar Rosmah sambil menekan butan henfonnya.

Najib yang masih duduk menguis sedikit ular orok-orok meksiko yang bergayut di bahu kanannya.

No comments: