Generasi ini, generasi kita, generasi warga banyak yang masih memerlukan untuk hidup seharian perlu bertungkus lumus untuk itu.
Kita perlu makan untuk hidup. Ya, kita warga banyak ini perlu makanan untuk berkerja. Bekerja itu untuk wang dan wang itu untuk hidup. Lupakan warga yang makan untuk bergembira itu. Lupakan. Kita sikitpun tak mampu mencubit, usahkan mahu meninggi suara pada warga itu.
Bertungkus lumus seharian untuk sedikit wang untuk makan dan pakai. Itu hakikat. Kita tak ada keupayaan lagi untuk berkebun, menangkap ikan, mengembala lembu, memelihara ayam itik. Membela hantu raya itu cerita lain.
Cerita hal hantu raya ini, di zaman moden ini hantu raya kerjanya. Tidak lagi berkebun. Tapi terpaksa bertugas mentadbir fesbuk.
Penat. Setiap hari kita penat mencari wang, membeli makan, kerja, mencari wang dan kita mengulang perkara-perkara sama setiap masa. Setiap hari. Setiap jam. Setiap minit. Setiap saat. Entah untuk siapa. Kalau kita sendiri kenapa kita berusaha?
Sekarang ini, ada yang sedang memerah keringat nak jerih kita. Mereka itu para cukong yang berada di atas. Mengawal ekonomi dunia. Mereka sedang kaya, dan semakin kukuh memegang keringat warga marhaen yang kelaparan.
No comments:
Post a Comment