cerita asal - lelakiseparanormal.blogspot.com/2012/02/dua-tahun-berlalu.html
Di beranda rumah, Kama tengah mengelap tangki motor RXZ Catalyzer warna biru pepsi. Bersungguh benar dia mengelap sampai peluh meleleh dari dahi bawa ke bawah dagu dia buat tak tahu sahaja.
Dari tangki minyak membawa ke sport rim AR125, habis lalu tak lekat habuk di lap Kama dengan kain fiber. Berkilat badan dengan peluh pun dia buat tak tahu.
"Malam minggu keluar motor kena tiptop," ujar Kama berbisik macamlah motor itu faham cakap dia.
"lap motor ke abang kama," tengah ralit Kama menggosok motor, tiba-tiba satu suara halus menegur. Kama menoleh ke sisinya. Seorang makwe tersembul dari balik benteng enam kaki pembahagi antara dua buah rumah.
Si gadis tersenyum simpul. Kama senyum nipis.
"Tak adalah, Abang Kama tengah menjala ni," jawab Kama bersahaja.
Si Gadis tersenyum mendengarkan jawapan sarkastik Kama. Betul juga, buat apa bertanya benda yang dia dah nampak dan tahu benda itu benda apa.
"Ala Abang Kama ni," balas si makwe tersipu-sipu. "Abang Kama nak pergi mana lap motor lawa-lawa sampai luntur cat ni?" tanya si makwe lagi tak putus asa.
"Gi town la, malam minggu ni kan," jawab Kama garang. Kemain tegas kalau nak memberitahu orang aktiviti malamnya yang garang juga konon-kononnya.
"Nak ikut," sambung si makwe.
Kama telan air liur. Wajah bapak si makwe rumah sebelah terbayang di biji mata belah kanannya, wajah tua garang bermisai lentik dengan uniform kerja warna putih pangkat sarjan. Kama telan air liur buat kali kedua.
Di benteng batu, si gadis berdebar menunggu jawapan Kama.
1 comment:
aik? citer la sampei abis...
aiyooooo....
Post a Comment