"Peh, bawa makwe bro," seorang kawan menegur dari atas motor, Kama angkat kepala sahaja tanda dengar akan teguran itu.
Di tempat duduk pembonceng, Ain duduk menonggek bontot. Nampak alur bontot pasal baju singkat ngam-ngam paras pinggang seluar yang terangkat di selak angin.
Di tepi-tepi jalan tempat letak kereta, banyak kumpulan bermotor berkumpul.
Kama mencelah dari lorong ke lorong mencari kawan seperlepakannya. Entah di mana port mereka letak motor. Lepas satu, satu puak bermotor dilepasi Kama.
Kama meninggikan kepalanya ala-ala zirafah mengusha makwe. Entah macamana Zirafah usha makwa Kama sendiri pun tak pernah tahu. Astro di rumah gunanya untuk menengok bola sahaja.
Dari kejauhan, seorang pemuda mengabir Kama dengan tangan kanan. Kama sengih, dia sudah jumpa dengan kumpulannya.
Bersambung.
No comments:
Post a Comment