Wednesday, February 8, 2012

Pujuk.

Saya lebih suka terus terang, muka kamu tak cantik bila kamu sedih atau merajuk. Tapi sudah itu sifatnya seorang wanita, jadi saya terpaksa suka. Itu tandanya hati kamu lembut.

Saya suka bila kamu marah atau merajuk, bukan pasal muka kamu tak cantik, tapi pasal saya ada kerja yang boleh dibut.

Pujuk kamu.

Sungguh, saya suka pujuk kamu, kemudian kamu tersenyum dan gembira. Saya rasa saya mampu menggembirakan kamu.

Saya lebih suka terus terang, muka kamu cantik bila kamu gembira selepas saya berjaya pujuk kamu. Kan.?

No comments: