Pagi itu hawanya dingin sekali. Cahaya matahari semakin cerah menembusi langit di ufuk timur, menerbitkan jalur-jalur cahaya jingga indah.
Saya berdiri di halaman rumah, di sedikit kawasan lapang menghadap ke arah paya. Entah apa yang sedang saya lihat dan tumpukan ketika itu. Ruang paya yang luas membuat pandang saya tiada titik tumpu sebenarnya.
Di pancaindera dengar, segaris halus bisik suara menyapa. Saya tumpu pada bisik suara perlahan itu.
"Kamu sedang melihat sesuatu, bukan dengan mata, tapi dengan hati."
Saya diam. Belai angin perlahan menyentuh permukaan tubuh saya yang tidak berbalut baju. Bisik hawa cinta tadi tidak saya iakan, tidak pula saya tidakkan.
***
Si angin lembut gemalai yang membelai tubuh tadi turut sama membawa fikiran saya kembali kepada kisah silam yang sudah lama saya simpan rapi dalam satu sudut ruang hidup.
Cinta pertama.
Kisah cinta pertama yang mengisi ruang dalam rongga hidup pada masa lepas itu adalah secebis maklumat penting dalam saya menjalankan kehidupan untuk sampai ke hari ini.
Mungkin benar kata iblis cinta satu masa dahulu, "loser yang paling power sekali mengalahkan power rangers merah adalah buat silap yang sama sebanyak dua kali."
***
Watak yang memegang hati dan hidup saya buat pertama kali dalam kronologi perjalanan kehidupan tiba-tiba muncul di depan mata.
Watak itu, beberapa bulan lepas sudah menjadi tunangan orang. Saya sudah buang sms jemputan ke majlis tunangan itu.
Saya amat pasti, tempat ini, tempat saya berdiri untuk menulis dan melakar perjalanan cerita kehidupan buat saat-saat kehadapan tidak watak ini ketahui.
Ya, saya amat pasti.
Semoga saya sedang bermimpi, gadis itu yang pernah saya cipta wataknya dalam lakonlayar kehidupan sedang merenung sedalamnya ke dalam ruang minda yang tiba-tiba tercipta dengan sendiri sesaat tadi saya dan dia bertentang pandang.
Semoga saya sedang bermimpi, walau sebetulnya saya tidak mampu menipu minda sendiri.
***
Angin dingin dan jalur cahaya matahari datang bersama haba menyentuh permukaaan tubuh saya. Secebis haba nipis cahaya matahari itu memecahkan ruang minda bawah sedar yang tercipta tiba-tiba.
Hawa cinta berbisik perlahan di cuping telinga saya, "loser yang paling power sekali dan mampu mengalahkan Rosyam Nor adalah jenis orang yang buat silap yang sama sebanyak dua kali."
Saya diam.
Iblis cinta senyum bercekak pinggang dengan wajah angkuh, gembira barangkali dengan kemenangannya yakni Hawa Cinta yang membenarkan kata hikmahnya.
Saya mengukir senyum, watak-watak yang saya cipta dalam lakonlayar perjalanan kehidupan saya adalah realiti, bukannya mimpi seperti yang saya mohon.
Babak antara saya dan gadis cinta pertama, sebenarnya bergerak secara relatif dengan kronologi travellog cinta ini. Kerana selepas itu babak biasa terus berjalan seperti kebiasaan. Si gadis hari ini, watak yang bermain dalam kronologi travellog cinta saya, masih sempurna memainkan wataknya.
Saya senyum, kadang-kadang kita tak sedar, kita mampu berkata-kata dan mengarahkan sesuatu kepada diri sendiri.
No comments:
Post a Comment