Saturday, December 24, 2011

Saya yang kehilangan.

Pada satu ketika bukanlah selalu tapinya, saya rasakan keadaan kehidupan saya amatlah tak menjadi sekali. Kadang-kadang itu sampai ke tahap tidak serupa orang. Nak cakap serupa mende pun tak reti. Sampai begitu sekali keadaannya. Hanya orang yang menengok sahaja tahu menilai keadaan saya ketika itu.

Berat mata memandang, berat lagi kerja kontrek.

Teruk. Memang teruk. Tapi tiap-tiap saat hidup kita mengira kedepan.

1...
2...
3...

Tak tau lah kalau sampai masa satu hari nanti, saat bergerak terbalik pula, kan. Namun, usahlah dikaji perkara sebegitu, yang wajib percaya kita orang Islam, percayalah.

Sambung cerita awal-awal tadi semula.

Kemudian, dalam sedang termenung bermuhasabah diri itu saya terfikir sedikit hal. Sebenarnya muhasabah itu sedikit terganggu juga bila memikirkan duit belanja yang selalu sangat tak sempat hujung bulan ni.

Ya, saya terfikir sedikit hal kecil, sebenarnya kehidupan itu diri sendirilah yang membuatnya. Walaupun tak serupa orang macam mana sekalipun, tetap diri sendiri juga yang membuatnya. Walaupun ada juga sedikit unsur-unsur asing macam buletin utama, utusan dan MLM tapi peratusan diri sendiri itu lebih tinggi.

Tadi, usahlah menyalahkan sesiapa bilamana hidup itu tidak serupa kebanyakan orang, sebagai contoh mudah situasinya begini, tak sempat hujung bulan duit dalam dompet dah tinggal seringgit-seringgit 2-3 keping.

Tajuk entri tu macam tak berapa masuk je. Ah, lantaklah.

No comments: