Thursday, November 24, 2011

Teater kehidupan.

Pernah tak kamu dengar kata 'hidup ini macam pentas lakonan'?.

Pernah kan? Dan kalau tak pernah, ini kalau pertama kamu baca dan dengar.

Pentas.

Hidup.

Pada saya dua perkara itu perkara berbeza. Hidup ini real. Hidup ini betul, dan kamu tak mampu pun nak berundur dan perbetulkan silap kamu walaupun sesaat lepas. Kamu buat, dan itu yang kamu buat.

Atas pentas itu kamu sudah dilatih dan berlatih. Kemudian kamu lakukan, sereal dan sebetul yang boleh. Tapi itu tetap lakonan, iaitu perkara yang kamu ulang tayang dalam kehidupan yang betul.

Jadi, boleh ke kata hidup ini macam pentas lakonan?

1 comment:

cydayf said...

boleh dan betul.. hidup ni btol2 mcm pentas lakonan ;)