Petang-petang ahad panas macam ni makwe-makwe yang ke bandar cuma sedikit sahaja.
Ada la sedikit budak sekolah agama mungkin pasal bertudung litup, belah depan sampai tutup pusat, belah belakang cecah bontot.
Makwe-makwe begini kebanyakannya menolong mak di dapur menyediakan juadah berbuka. Maklumlah sedang-sedang haribulan dah lebih 20 begini gadis-gadis biasanya dah dapat MC puasa. Besar pahalanya menyediakan juadah berbuka untuk abang-abang, abah berbuka.
Gadis yang tak keluar petang pula mesti keluar malam karang lebih kurang lepas isyak. Tujuannya pula mestilah shoping memunah duit. Baju kurung beli tahun lepas pun ada yang tak pakai lagi. Kasut tak payah cerita, dah boleh buka bundle dah gayanya. Nak sedekah ke anak yatim, anak yatim pula tak sanggup pakai.
Peh, itu jam la kalau nak cuci mata pun baru berair mata. Sekarang ni aku nak sambung tidur dulu kumpul tenaga untuk malam karang.
No comments:
Post a Comment