Wednesday, June 15, 2011

Sebuah nota cinta

Amira diam menanti bas kedestinasinya. Hampir setengah jam menanti bas tidak kunjung tiba. Suasana hiruk pikuk di perhentian bas menjadi pengubat kebosanan.

***

Fiqri mencatit sesuatu pada buku nota kecil warna putih. Suasana hiruk pikuk perhentian menjadi ilham kepada dia. Hiruk pikuk itu mampu jadi puisi indah untuknya.

Dimana-mana sahaja ada ilham. Pasar borong. Tepi pantai. Stesen keretapi. Kedai mamak. Pusat snooker sekalipun.

Keindahan itu Fiqri lakarkan dengan huruf di dalam nota kecil putihnya.

Puas melihat orang di situ Fiqri bangun mencari arah tuju lain.

Dia melangkah di celah kegilaan ramai orang yang entah apa urusannya. Di celah-celah kegilaan itu ulas matanya tertancap pada wajah seorang gadis sedang duduk.

'wei,!' Fiqri tersentak saat terasa kakinya melanggar sesuatu.

'buta ka,' kata seorang lelaki yang sedang duduk. Fiqri terlanggar beg lelaki itu di lantai.

'sori bro,' Fiqri memohon maaf sambil membongkok membetul kedudukan beg yang dilanggarnya. Kemudian dia meneruskan langkah.

***

Amira tersentak dari lamunannya tatkala terdengar jerkahan di sanpingnya. Seorang pemuda sedang tunduk membetulkan beg di lantai, kemudian pemuda itu berlalu.

Amira perasan sesuatu tercicir dari poket baju pemuda itu. Sebuah buku nota kecil berwarna putih.

Amira bangun mengutip buku kecil tersebut. Kemudian dia memerhati sekeliling. Empunya buku itu sudah tiada. Amira kembali ke tempat asalnya.

Dia membelek nota tersebut.

Isinya cuma seperti diari pemilik.

***

17 Mei. Basten.
Kalut. Sukar. Pudar.

Orang marhaen dengan dunia. Marhaen mencari dunia buat mengikat perut kapitalis. Itu bukan indah. Rajin yang bodoh.

Naluri. Ketemu sesuatu sebentar nanti. Mungkin. Puteri jadi permaisuri. Hati kata aku turut.

***

Amira membelek hingga helaian akhir.

***

Jika kamu ketemu nota kecil ini di jalanan hubungi aku.. ***********

***

Amira membuka telefon bimbit dan mendail.

***

'aku terima nikahnya Nur Amira bt. Shaharudin dengan Maskahwin....'

Fiqri mengelap peluh di dahi. Orang di sekeliling terangguk-angguk.

Amira senyum di belakang.

***

Naluri. Ketemu puteri jadi permaisuri.



End.

No comments: