Monday, March 28, 2011

Program Latihan Khidmat Negara 2

31 Disember 2005 - Berangkat ke Kem Cahaya Gemilang, Cherating. I sampai sana petang. Badan letih. Kenal-kenal geng satu bilik, L7. Semua sudah siap tune. Katil sudah tune, cadar putih, sarung bantal, semua sudah siap berlipat atas tilam. Almari besi pun sudah tune. I tak kekok sangat sebab sudah biasa dengan hostel. Semua sama dengan hostel. 

1 Januari 2006 - Lapor diri. I dapat gelas, sudu, dan garpu.

Hari berlalu. Sehari, dua hari, tiga hari. Pantas. Padu. Padat. Ketat. Minggu pertama I tak jumpa rokok. Minggu kedua sudah ada tokan bawa masuk. Harga memang kapitalis. Lagi teruk dari harga ayam naik masa raya cina. Lagi teruk dari minyak naik masa lepas UMNO menang PRU. Dunhill RM1 sebat. Dunhill. Lain tarak. Bola tarak. Nusan tarak.

I baik dengan satu tokan rokok. Budak terengganu. Dia pakai orang dalam, memang power. Diorang panggil rokok itu chalk on. Cilakak nama, tak tahu siapa punya bapak kasi.

Hari-hari seterusnya berlalu biasa-biasa sahaja. Mengorat sesama pelatih sekelas atau sekompani. Cinta kontrak 3 bulan. I tak layan aktiviti-aktiviti hati kaca macam tu. Tokan Terengganu tu nama saja tokan, hati taman. Baik sangat orangnya. 

Bulan kedua, budak-budak L7 merasa pengalaman sadis, pilu, dan menguji perasaan. Ya, sungguh sadis. I tak tahu berapa ramai budak PLKN yang rasa pengalaman ni.

Jurulatih yang jaga bilik kitorang L7 meninggal, eksiden. Budak-budak bilik lain biasa-biasa saja dan anggap ini adalah satu pemergian. Tapi kutu-kutu L7 tak. Mereka bukan tahu kutu-kutu L7 panggil jurulatih tu abah. Ya, abah. Memang macam abah.

"Dalam bilik kau boleh panggil aku abah, tapi jangan dekat luar!" ayat itu, aku masih terdengar-dengar.

Arwah seorang pencen tentera, bukan tentera biasa. Bekas komando,  yang pernah jadi perisik, merisik aktiviti komunis di Gua Musang. Itu cerita dia. 

Kemudian, bila I fikir-fikir balik, kami baru kenal dia dua bulan. Dua bulan tidak lama. Betul. Tak lama. Tapi dalam dua bulan itu I dan kawan-kawan L7 merasakan suatu kehilangan besar. Sangat besar. Perasaannya macam salah satu punca hidup direnggut. Namun kami redha. Itu pengalaman berharga buat kami.

Jurulatih baru yang ambil alih tempat abah berusaha mengembalikan kami. Kami terima dia. Namun pemergian abah tetap pengalaman berharga buat kami. I rasa itu kehebatan tentera. Punya psikologi dan fizikal yang mantap. Er... sesudah bersara fizikalnya jadi tak berapa.

bersambung...


No comments: