Friday, March 25, 2011

Malam ini.

Malam ini tak banyak benda I buat di alam maya. Meronda-ronda blog. Cari bahan. I masuk blog LensaRosak, baca bahan dia. I masuk TukarTiub. Rata juga la merayaunya dari blog ke blog.

Dalam merayau-rayau tu, I perasan ramai budak-budak sekolah yang bawah umur sudah tulis blog juga sekarang. Ada yang dah mengajar-ngajar pakai shawl U. Eww...

Kalau dulu, kita tengok brader-brader universiti tulis blog pasal kehidupan di universiti. Kutuk-kutuk pensyarah. Kutuk-kutuk member sebilik. Itu biasa. Keh keh keh.

Kalau dulu ramai blogger lagenda yang hebat-hebat macam Tok Rimau yang pernah masuk interview dekat tv. Abg ben kita hingus-hingus lagi masa zaman Tok Rimau dulu. Masa itu saing-saing Blog Tok Rimau adalah blog-blog bapok cerita pasal main dengan askor. Terus terang, I pun hingus-hingus lagi masa tu. Taip "apa" pun "aper" lagi.

Sekarang ni ramai bebenor orang menulis blognya. Makcik-makcik pun ramai. Mama-mama pun ramai. Pakcik-pakcik oldskool tak berapa ramai. Tapi ada lagi la. Pipiyapong penulis hilangpunca.com pun dah masuk area pakcik-pakcik. I tak pernah jumpa pipiyapong. Pipiyapong pun tak kenal siapa I. I cuma suka baca blog dia saja.

I pelik tengok blog-blog budak sekolah yang banyak itu. Banyaknya area-area tingkatan dua ke tingkatan empat. Blog stok mengutuk budak kelas sebelah. Lepas tu mengutuk cikgu, dengan makcik kantin sekolah. Kadang-kadang cerita pasal makan mekdi ke pizza. Sekali-sekali join segmen abg ben kita ye.

Sudah lah bawah umur, tetek baru nak tumbuh, kemain U, tayang gambar pakwe. Banner berkepit tu kalau boleh penuh page dia kasi. Scrool pergi juga satu page. Nak load tak payah cerita, rasa macam nak lempang member sebelah tengah tidur. Peh, dengan posing-posing mautnya U. Terberanak esok salah ke laki. Hish.

Ah, kiranya I tutup kerangan I dengan ayat biasa lah ya. Ah! Tulis panjang-panjang pun bukan U'ols nak baca sampai habes..... Bye. Muuuuuahh..

4 comments:

Tieah Madian said...

Asal tak masuk blog I? Hahaha..

Entry Terbaru : Biarlah Orang Mengutuk *Senyum* Nuffnang Bagi BE Lagi

Carnation said...

kemain budak sekolah skg nih

eihin farahin said...

adess..bab upload pic bf tu..mmg tkena batang hidung ehin la...malu malu

Raja Fiqri Fauwaz said...

x pyah tayang sangat la gambo pakwe tu, bukan kompem jadi laki.

Yang mama2 tu xpe la kan nak tayang laki. Tkut kene ngorat plak. Hehe