Berapa banyak?
Ok, saya tak suruh kira. Saya cuma suruh fikir. Berapa banyak modal yang AMENO laburkan setiap kali PRK?
Fikir secara logik. Berapa banyak duit yang AMENO bagi untuk petugas-petugas dia berkempen selama dua minggu bermula penamaan calon sampai hari mengundi.
Kawan saya tinggal di Jengka 23 kata, ada rumah di Jengka 23, disewa hingga cecah RM400 dua minggu. Itu baru sebuah. Petugas AMENO ada berapa orang di sana?
Di Kerdau, petugas AMENO disediakan bilik gerakan beraircond. Makan, minum, rokok, minyak kereta, semua ditanggung beres. Itu baru modal untuk keselesaan petugas. Saya tak suruh kira. Saya cuma suruh fikir logik akal. Tak perlu belajar Ijazah perakaunan untuk fikir benda-benda kecil macam ni.
Kita tengok pula bab kempen. Kehulur kehilir menengok orang kampung. Take care sangat ke?
MB Pahang, boleh senang-senang keluar biasiswa untuk budak isi dalam sampul surat sahaja. Biasiswa yang sepatutnya perlu melalui prosedur mengisi borang, pengesahan pendapatan orang tua, cop tok empat, semuanya tak perlu lagi. Anak orang AMENO, orang PAS, semua dapat. Lepas tu budak-budak sekolah rendah tu beli henfon memori kad, simpan video 3GP lucah dalam henpon. Eh, berbalik kepada topik asal. Berapa modal semua tu? Saya tak suruh kira, saya cuma suruh fikir.
Tak perlu cerita panjang untuk benda-benda yang guna duit. Duit. Duit.
Persoalannya, dari mana AMENO ni dapat duit? Ada Dato' kaya yang ikhlas hati nak salur dana kah? Vincent Tan sapot? Robert Kwok sapot? Syed Mokhtar Al-Bukhori sapot? CEO Syabas entah siapa nama tu nak sapot? Lagi sekali saya minta, fikir dengan logik akal. Budak giatmara pun boleh fikir la. Tak payah nak belajar sampai Master Sains Politik sangat.
Dari mana AMENO ni dapat duit banyak-banyak ni?
Duit kita la ni. Duit kita. Duit rakyat biasa yang kerja 12 jam sehari, tapi tak kaya-kaya. Duit habis bayar kereta bulan-bulan. Bayar sewa rumah bulan-bulan. Bayar hutang tv LCD 40 inci lekat pada dinding bulan-bulan. Belum kira duit belanja sekolah anak. Duit topup anak. Duit minyak kereta nak pergi kerja.
Tengah kalut hantar anak lewat pergi sekolah, jalan jem pula, punch card tinggal lagi 15 minit. Tekan minyak tak sedar dah cecah 140km/j, tak sedar juga kena candid kemera saman ekor. Dekat trafik light kena lagi tahan, tak pakai seatbelt, lebih garisan. Punch card dah merah. Duit siapa? Duit kita. Duit rakyat biasa.
Lagi? Dari mana AMENO dapat duit? Dari duit minyak petrol yang mahal tu lah. Dari duit pakcik-pakcik beli tikam nombor dekat kedai Vincent Tan. Dari duit sawit pakcik makcik peneroka felda. Kan? Oh, tak ye? Ye la kot. Saya mana tau. Saya belajar sampai SPM saja. Belajar IPTS kapatalis sekerat jalan, lepas tu berenti. Hutang PTPTN ada la lebih kurang 7,8 rib, walaupun belajar tak habis, duit PTPTN habis kena makan dengan IPTS dalam kawasan perindustrian.
Ah, jauh benar dah rasanya saya melalut ni.
Tak mengapalah, kita, rakyat, graduan menganggur, pelajar ipt, penjawat awam, serta kutu-kutu dikurniakan fikiran dan akal untuk fikir, dari mana wang-wang belanja kerajaan Malaysia dan kemana perginya wang-wang tu semua. Boleh fikir lagi kan? Alah, benda simple. Saya belajar paras SPM je.
2 comments:
bijak kan ameno belanja duit rakyat? kekekek...
kan?
Tapi kenapa masih ada yang pilih mereka?
Em... Entah bilalah kita boleh hidup selesa. Maksud selesa dekat sini, cukupnya hartanah mampu milik orang-orang biasa, selesa membeli makanan dengan harga mampu milik orang-orang biasa. Macam di china..
Post a Comment