Thursday, February 24, 2011

Penting! : Sejarah Malaya dari pandangan sisi kiri

Saya mengesyorkan blog ini untuk para pelajar sekolah berfikir tentang sejarah tanah air kita.

Sejarah ini penting untuk pengetahuan pelajar-pelajar sekolah yang diasak dengan buku teks sejarah sahaja. Mereka memalukan Melayu. Menjatuhkan maruah bangsa demi darjat, pangkat dan duit.

Yang kaya terus kaya, yang miskin terus papa.

Jadi, kepada para pelajar, sila tanya guru sekolah anda, apa silapnya buku teks sejarah sekolah ini sehinggakan ada para pejuang tanah air yang berjuang hingga ke titisan darah terakhir tidak disebut namanya.

Sila baca blog ini. http://matamin02.blogspot.com/

8 comments:

kyo_9 said...

blog nih pon best gak..
http://mistisfiles.blogspot.com/

tuan rumah said...

Terima kasih kongsi. :)

Tieah Madian said...

Asal aku benci sgt dgn sejarah?????????
Hahahahahaha..
Ramai yg suka sejarah tp aku benci..
Hairan betul lah..

*Blog dah ok :)

Entry Terbaru: Masturah Abu Bakar Sangat Popular Dari Ben Ashaari

Radin87 said...

hmm.. kini dan silam ni lidah rasmi Parti Sosialis Malaya ke?

Raja Fiqri Fauwaz said...

tieah - haha. Takpe, bukan kamu sorang.

Radin - yang tu saya tak pasti, yang pasti dari penulisan penulis kita pasti yang dia berpengalaman, dan dari biografi dia kita tahu, dia bekas ahli rejimen ke-10.

Radin87 said...

oo.. begitu. tapi, kalau saya.. saya hormat pandangan sejarah dari aliran sebelah kiri. Cuma kalau dari segi sejarah.. saya guna yg sebelah kanan.

menarik juga sejarah mereka jika dikaji. kalau perjuangan mereka itu berjaya.. Malaya yang merdeka akan sama gaya pentadbirannya dengan Republik Rakyat China, Korea Utara, Vietnam dan Laos

Raja Fiqri Fauwaz said...

Radin - kita kena adil dalam berfikir dan menilai. Dalam sejarah negara kita, tak adil masyarakat cuma diajar untuk menilai sebelah pihak saja. Golongan kiri juga berjuang untuk negara. Kalau kita fikir balik, benda paling asas, negeri kepulauan melayu macam singapore dan indonesia pakai bendera merah putih, tapi kenapa malaysia pakai bendera menyerupai amerika? Siapa lagi amerika? Singapore ke malaysia?

Radin87 said...

haha.. yup. itu memang saya akui. lagipun saya memang ada buat kajian pasal sejarah dua-dua pihak ini. Dan, lepas menilai kedua-dua pihak.. seperti saya cakap tadi, saya memilih untuk memihak pada yang kanan.

Kalau bab bendera pulak, memang bendera asal yang hendak dipakai oleh Putera-Amcja asalnya adalah Sang Saka Merah Putih dengan 12 bintang kuning. Tapi, itu bukan bermaksud yang kita ciplak bendera amerika.. bendera asal adalah belang biru.. tapi di ubahsuai kerana bintang kuning dan merah adalah warna komunis...

saya ada wat kajian pasal bendera malaysia.. senang2 lawat k..? ^^

http://radin87.blogspot.com/2010/08/jalur-gemilang.html