Wednesday, February 16, 2011

GENSEKII, band Malaysia main J-Rock

GENSEKII
Biography


GENSEKII terdiri daripada 4 orang anak muda dengan antusias besar terhadap muzik. Yum selaku (vokal), Kyrie (gitar), Eba (bass) dan Azam (drum). GENSEKII ditubuhkan pada tahun 2009 dan berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Nama GENSEKII diambil dari perkataan Jepun iaitu "GANSEKI" yang bermaksud rock. Konsep muzik yang dibawa adalah J-Rock, J-Pop, k-Pop, Modern Jazz,Visual-kei Modern Music dan Universal.
biografi ni saya rembat di fb page. Ayat skema, band boleh tengok sendiri. 

***

Saya berborak dengan kawan saya, yang gambar nombor tiga, main bass. Eba nama dia, nama tak market artis langsung. Dari zaman sekolah-sekolah membawa ke zaman artis pakai nama tu. Line up yang lain saya tak kenal. 

Er.. Berbalik ke cerita asal, saya berborak dengan kawan saya, Eba tu lah. Dia cerita dia sudah buat band. Band komersial. Apa barang up slow-slow main dekat youtube. Okey, ayat last ni saya tipu, haha. 


Saya tanya, band main apa?


J-Rock. Apajadah? Saya pernah baca pasal j-rock. Tapi tak pernah dengar.

Kemudian saya "suka" fanpage mereka. Dengar lagu mereka. Cari idea. Cari idea.

Kemudian, saya pasang winston sebatang, cari idea nak tulis lagi. Cukup, tak habis winston sebatang, lagu Jauhi Aku habis.

Disebabkan ini band komersial, diorang tak segan silu untuk masuk radio dan sudah ada dalam  ranking XFM Underground. Saya harap diorang akan sedikit segan untuk masuk majalah mangga dan bergambar dalam kolam. Kah kah kah.




Cerita banyak tak guna. Tekan play dekat player atas ni, dengar lagu, kemudian layan. Takpun hadap radio, tunggu lagu diorang main. Nak komen, buka fanpage fb diorang.

**update :  cait, ohbulan dah buat review dulu. Klik sini

No comments: