Hari ini ada baca dalam metro pasal budak baru lepas SPM berhutang RM100k dengan ceti pasal nak berjudi.
Pelik? Dia sorang je ke budak lepas SPM yang ada hutang banyak tu.
Tak. Tak pelik. Itu satu sindiran untuk Rakyat sebenarnya. Ironi.
Lepas SPM, memang jadi trend kita untuk sambung belajar buat sijil, diploma, ijazah untuk jadi bukti yang 'aku pandai dan ada segulung sijil'.
Wtf!
Tak sedar lagi ke berapa ramai graduan kita menganggur? Tak ada kerja. Melangok dekat kampung, malam-malam hisap ganja.
Ok, betul. Siapa-siapa yang ada diploma ijazah dia pandai. Bijak. Orang ada diploma takkan nak kerja the store kan?
Sedar tak, berapa ramai lagi rakyat kita yang hutang sampai 100k untuk sambung belajar untuk bukti yang dia tu pandai dan kemudian jadi malas, berlagak dan memilih kerja.
Tak kan ada diploma nak kerja carwash!
Fine. Itu namanya life. Kehidupan. Padan muka. Belajar tinggi-tinggi tapi kerja tak ada.
Dalam setahun, malaysia melahirkan berapa ramai graduan sebenarnya? Google sendiri. Tak kisah lah graduan kolej sebelah bengkel motor ke kolej dalam kawasan perindustrian ke atau universiti berlagak ada share dengan luar negara. Tak kisah. Janji ada diploma.
Pinjam ptptn puluh-puluh ribu, kolej tolong dapatkan juga. Duit tu kemudiannya buat bagi tempat belajar semula, bakinya buat beli blackberry, motor ex5, kancil turbo, dengan shawl.
Dah habis belajar kerja tak ada, ptptn mintak hutang. Baru umur 20, hutang dah nak cecah 100k. Padan muka.
Kah kah kah!
Ijazah terbaik datangnya dari jalanan, dari pengalaman bercakar dan bersalaman - malique.
1 comment:
Kah kah kah
ok aku terasa sebenarnya..tapi aku tak beli shawl. tak. tak.
Post a Comment