Sedar dengan menaiknya kehanginan Prof. Jamali Shadit, Borhan mula diam. Dia mula mencari sesuatu dalam makmal mini Profesor entah lulusan universiti mana itu.
Oh, ada sebuah laptop acer model lama dah bercucuk modem ZTE Maxis brodband.
Tap.. Tap.. Bunyi Borhan menaip.
Profesor diam. Dalam hatinya berkata, 'eloklah dah dapat benda peralit tu,'
Tap.. Tap.. Borhan menaip tak berhenti-henti.
Pst.. Bzt.. Pss.... Laptop berbunyi, serentak dengan keluarnya asap nipis dan bau hangit dari celah papan kekunci.
Borhan menggelabah.
Profesor Jamali Shadit memandang muka Borhan yang menggelabah.
'kamu buka laman web tak senonoh bukan?' Profesor yang umurnya tak tua mana itu bertanya serius sambil biji matanya membulat.
Borhan diam.
Bersambung.
No comments:
Post a Comment