Sunday, January 2, 2011

ini yang ke 201

Ini entri yang ke 201. Tahun ini tahun 2011. Cantik juga kalau aku buat catatan sempena nombor-nombor cantik.

Macam cerita entri dekat bawah, aku pun baru juga lagi mula menulis semula secara aktif, walaupun entri entah apa-apa.

Sempena yang ke 201 ni, elok juga aku cerita serba sikit pasal aku, menengokkan blog entah apa-apa ni ada juga yang mengikut secara tetap. Terima kasihlah ye, siapa-siapa yang selalu baca-baca dekat sini tu.

Pengisian dalam blog ni sebenarnya lebih kepada peribadi sahaja. Mana-mana yang aku tak puas hati aku tulis, yang aku suka, yang aku pelik... Semua aku tulis. Kalau rajin, aku tulis puisi, aku tulis cerpen. Tu je lah.

Aku yang real, dalam dunia sebenar, sama, simple, tak hensem mana, ada awek macam orang lain, kerja kedai runcit. Sama macam orang lain.

Blog ni pun sama. Tak de apa yang best. Cuma aku nak ucap banyak-banyak terima kasih pada yang sudi baca tulisan aku dalam blog ni. Terima kasih sekali lagi. Terima kasih.

2 comments:

Ayuni said...

happy new year...

Raja Fiqri Fauwaz said...

happy .. Happy, u too.. :)