Wednesday, January 5, 2011

Bukan bapak tak bagi kerja

'tak boleh, bapak cakap tak boleh,' Pak Kasim lipat sila atas pangkin bawah pokok rambutan. Rokok daun nipah terkepit kemas antara ibu jari dan jari telunjuk.

'tapi pak,' Najib, anak nombor tiga Pak Kasim berdiri bersandar pada batang rambutan.

'tak de tapi, tapi. Bapak cakap jangan, jangan!' Pak Kasim tegas melarang kali ni. Bukan kelaku biasa Pak Kasim menghalang anak-anak nak cari pengalaman kerja. Tapi kali ni...

'Najib bukan buat kerja salah pak,' Najib masih mencari alasan kukuh.

'aku ni dulu dah makan garam dari kamu,' lembut pula Pak Kasim bercakap, 'kalau kerja lain aku tak kisah, selain kamu tak buat benda-benda salah,' sambung Pak Kasim lagi.

Nafas tua itu menghembus asap rokok daun nipah. Agas yang menghurung kepalanya bertempiaran lari.

'tapi kamu nak kerja jadi drebar YB tu bapak tak setuju, tak payah!' Keras suara Pak Kasim melarang.

Najib diam.

1 comment:

one2paii said...

pergh..kerja drebar lu jib..kayo tuh..besau gaji lu dari gua tau..