Tak tahu kenapa, walaupun barang 7Eleven orang ramai dah tahu harganya mahal orang tetap masuk macam Mak Cik Midah juga.
Waktu balik sekolah selalu juga Mak Cik Midah bawa anak-anaknya yang suka beli slurpee tu masuk 7Eleven.
Satu malam Mak Cik Midah datang 7Eleven, membeli tepung. Mungkin mahu buat cekodok untuk sarapan anaknya pagi esok. Dah malam-malam baru nak mencari barang dapur.
Selesai mengambil barang macam biasa, Mak Cik Midah ke kaunter, depannya ada seorang budak bawah umur membeli air dalam botol warna hijau.
Brader kira-kira scan air budak bawah umur, Mak Cik Midah pandang brader tengah scan semacam.
Selesai urusniaga budak bawah umur dengan brader kira-kira, Mak Cik Midah mengambil tempat untuk urusniaga pula.
"Kamu jual arak dekat budak kecik?" tegur Mak Cik Midah pada brader kira-kira.
Brader kira-kira senyum.
"Sini tak de jual arak Kak," jawab brader kira-kira sopan.
"yang budak kecik tadi tu beli?"
"Oh, itu air Barbican Kak, air tu bukan arak, tu air dari arab," terang brader kira-kira panjang lebar dengan penuh berhemah.
Selesai urusniaga, Mak Cik Midah keluar dengan dahi berkerut.
air babi can? dari arak? his.. budak-budak zaman sekarang.
![]() |
Ini Melayu |
![]() |
Ini lagilah melayu |
Terpulanglah pada Mak Cik Midah nak menilai macamana.
kredit gambar : http://forum.lowyat.net/topic/1195469
kredit gambar : http://www.mygosip.com/2009/05/elyana-adik-elyana-mabuk-minum-heineken.html
2 comments:
Orang ngabo ke halal kit nye koi was2 je.
Janji air tu ade ha-lam-alif-lam, kite minum je..
Haha..
Post a Comment