Dua beradik peluk kekasih
KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.
Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.
Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.
Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.
lagi berita : http://www.hmetro.com.my/articles/Duaberadikpelukkekasih/Article
Komen aku :
Gila. Melayu makin gila.
Parah. Melayu makin parah.
Malaysia, sikit hari lagi dah boleh buang lambang bulan pada bendera malaysia tu. Tak ada dah lagi lambang Islam. Bulan lambang Islam kan?
Isi je bintang 14 bijik melambang Malaysia negara sekular yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.
Bodoh! Dah lah politik kucar-kacir. Generasi baru pun kucar-kacir. Rosak akhlak. Gila!!!
2 comments:
sadis . .
bru terbaca kt suratkhbr td,
gerak hati ibu mmg terbaekkk, hu3
tp cian gak kt mamat 2ekoq tuuu, xpsl2 kne sabitkn merogol,
hmm, dunia akhir zmn, =.='
Post a Comment