Ini adalah teknik jujur dari aku yang bukan "cek-ya". Segala teknik ini adalah asli. Tak ada copyright la tapinya.
Ala, sebagai seorang lelaki sebenar, tak perlulah nak mengorat pun kena rujuk gugel kan? Nampak sangat tak reti nak bersosial dalam kehidupan yang real orang kabo. Orang kabo!
Setakat makwe ribu-ribu dalam facebook tapi nak senyum dekat perempuan depan mata pun nak kena ajar apa cerita? Lainlah kalau nafsu songsang. Itu kita cerita lain kali. Ok, berbalik kepada topik asal.
Beberapa teknik memikat hati wanita versi Raja Fiqri Fauwaz
1. Perempuan itu hatinya sangat halus. Kalau nak buat perbandingan, lagi halus dari seulas tepung. Lagi nipis dari kulit bawang. Jadi, konklusinya? Mudah. Jaga hati kaum ini baik-baik. Simpan dalam peti besi, kunci kemas-kemas. Setan, macam pernah dengar ayat ni.
2. Kaum ini kebanyakan amat menghargai. Hargai apa? Apa-apa je la, macam hadiah ke, atau benda-benda infiniti contohnya kasih-sayang ke, Jadi? Apa nak buat? Bagi je la. Bagi saja apa-apa, kalau tak ada duit nak bagi kebendaan, bagi sesuatu yang tak keluar modal. Contohnya, ucapan : terima kasih, sayang awak, i love u, awak comel hari ni, atau paling cikai pun senyumlah kalau dia buat lawak.
3. Buat dia tersenyum. Susah ke? Ala, takkan hal-hal simple macam ni pun tak tau bro. Harapkan fesbuk je tempat makwe komen ramai tapi nak buat makwe depan mata sorang tu senyum pun payah, tak payah jadi lelaki la.
4. Tunjukkan yang kamu sangat ambil perhatian kepada dia. fak! ayat macam Remaja. Macamana? Susah ke nak tanya, "awak dah makan?" "Awak buat apa tu?" "Mak ayah macamana?" "Asimen semalam macamana?". Nampak macam poyo kan? Yess. Tapi itulah kenyataannya. Kaum ini sangat perlu dan menghargai perhatian yang diberi.
5. Jangan buat benda yang dia tak suka depan dia. Contoh paling senang, hisap rokok. Ramai perempuan tak suka tebiat yang satu ni. Susah ke? Susah sangat ke tak hisap rokok depan dia 3,4 jam je time dating? Susah? Nampak macam poyo tak hisap rokok lepas makan? Masa yang berbaki, masa tak ada depan dia tu hisap la sampai lebam!
6. Ego. Lelaki tak perlu penjelasan panjang lebar kenapa dia perlu ego. Tak perlu nak petik macam-macam quote pun orang tahu, kaum lelaki perlu ego. Tapi, bro, takkan nak minta maaf kalau salah sendiri tu pun payah, konon-konon nak jaga ego. Tak jatuhnya martabat kamu kalau minta maaf. "Sorry sayang," seikhlas hati itu cukup berharga bagi seorang wanita dari orang yang dia sayang. Serius.
7. Jangan poyo. Jadi diri sendiri. Jadi kamu yang original. Perempuan cukup meluat kalau lelaki yang dia kenal isi hati tiba-tiba jadi lain macam. Elok-elok tiap-tiap petang minum teh mamak tiba-tiba nak order apple juice dekat gerai apa cerita. Kaver macho depan member satu hal. Masa dating bersayang-sayang, berdaling-daling, masa dengan kawan kaver panggil hoi, weh, awak, panggil nama je. Ala, takdenye membe heran kalau panggil "sayang" pun depan diorang.
8. Panjang sangat dah ni. Nanti korang bosan pulak baca. Haha. Lain kali la tambah lagi. :)
10 comments:
hohoho... terima kasih... ini yg buat aku bersemangat nak ngorat gadis... huhu...
err.. tak tau nak tergelak ke ape bace entry ni. hehe, tapi siyes takleh blah bila lelaki cakap pasal ni. haha nice try! :D
perghh,..untuk pertama kalinya gua dengar kate2 nie dari akal fihkiran lu,..x sangka erk..lu memang terbaik ..gua nie pompuan..selalu mengharap kasih dan sahyang dari lu..hhaha..terbaeek wokk
perghh~! tepat lgi jitu lh bro, huuhu
t'sntuh I taw, muahaaha
gud job, msti rmai awek jtuh cintan kt ko, XD
peh! betoi la tuh~ btw, selamat memikat perempuan ya... hahahaha~
wowowww..terbaek la bro.. =D
Encik Gorilla - cantek. Inilah yang kita mahu. Haha.
Siti - hahaha. Afsal nak gelak plak?
one2paii - siyeskah? Ko pompuan.? Aku nak ngorat neh..
fariehan ibrahim - tah la. Makwe sorang tu jugak. Hehe.
Siti Mashitah Saidin - tak leh. Mem besar marah. Bukan takut.. Sayang. Hihi..
eewana - tima kaseh. Selalu dah orang mengata aku macam tu. Hehe...
fuyoohhh "pro" sungguh bab2 mcm ni ea....haha
An Najwa - eh. ane de pro la.. :P
Bguz gak cara2 nak pikat wanita yg aok beri nie...thanx
Post a Comment